Lambaian Insaf V4

Sebab kerasnya hati adalah dosa, kemaksiatan, sering bergaul dengan orang-orang lalai serta orang-orang yang fasiq. Sedangkan penyebab hati menjadi lunak, bersih dan tentram adalah mentaati Allah, berteman dengan orang-orang baik, dzikir, membaca Al Qur’an dan istighfar. ~Asyraf Al-Fandani~

Kasih kpd kanak-kanak


Allahu Allah, saya pasti akan tersenyum apabila melihat foto ini. Automatically juga mengingatkan saya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang juga kasih kepada kanak². Sehingga Baginda berpesan kepada kita bahawa bukan daripada golongan Baginda صلى الله عليه وسلم orang² yang tidak mengasihi kanak², Allahu Allah ツ.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
------------------------------------------------------------

Kepada sahabat yang bergelar ayah & ibu, bermainlah sekali sekala permainan anak². Main rumah² ke bersama mereka. Allahu Allah, ia akan menjadi kenangan indah yang tidak akan dapat dilupakan oleh mereka. Betul ツ.

Semoga kami adik-beradik tetap berusaha menjadi anak² yang soleh, penyejuk mata hati kedua ibubapa kami, amin. Mudah²an anda pun demikian.

♥ Kita doakan semoga ibubapa kita masing² mendapat keampunan Allah, disayangi Allah dunia & akhirat, amin.
READ MORE - Kasih kpd kanak-kanak






بســـــــــم الله الرحمان الرحيم

Pesanan Al-Habib Ali Al-Jufri buat kita semua teman ^_^

"Apa jua masalah yang berlaku pada diri kita, maka lihatlah pada dalam diri kamu. Kerna di situlah punca kepada setiap permasalahan yang berlaku di luar. Lihatlah hati kamu, dan selidikilah ia. adakah ia bermasalah atau sebaliknya."

Habib menyebut firman Allah: Dan berjayalah bagi mereka yang mensucikan diri. Dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya.

Sekiranya kita mengetahui apa hikmah yang terkandung dalam setiap kebaikan, maka kita akan berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan tersebut.

Orang yang mensucikan diri mereka, kemudian menambahkan nilai kesucian tersebut dengan menyumbang dan mberi manfaat kepada orang lain, maka orang itulah manusia yang dikehendaki oleh Allah.

Kenalilah dirimu, nescaya akan kenal dirimu kepada Allah.

Dengan mengenal diri sendiri, kita kenal kita adalah kerdil dan Allah Maha Besar. Kita akan kenal kita adalah fakir hina dan Allah maha Kaya lagi maha Mulia.

Mengenal diri sendiri akan menghilangkan rasa ujub, riya', bangga diri dalam hati, membuang keakuan pada diri.

Tanamkan rasa mahabbah juga boleh dilatih dengan mengenal nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita selama ini. Nikmat yang dikurniakan boleh sahaja dicabut bila-bila masa disebabkan banyaknya maksiat yang kita lakukan.

Namun, maha pengasih Allah terhadap hamba-Nya, ditangguhkan balasan tesebut bagi memberi ruang untuk kembali bertaubat. Maka, syukurilah dan hayatilah setiap nikmat yang dikurniakan kepada kita.

Hendaklah anda (sebagai penuntut ilmu) mahirkan diri dan bijak dengan bidang yang ada ceburi.

Anda di kemudian hari akan berjaya menjadi jurutera yang mensucikan hati, peguam yang mensucikan hati, doktor yang mensucikan hati, apa jua kerjaya yang kalian hajati akan dikira berjaya apabila anda mensucikan hati (tazkiyatun nafs).

Pada masa itu, Islam akan berjaya di tangan mereka yang mentarbiah hati, mendidik jiwa dan membersihkan diri.

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين
READ MORE - Pesanan Al-Habib Ali Al-Jufri

Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid.

Nama penuh / Nasab beliau: 
 
Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar 

Berikut adalah sedikit sebanyak tentang latar belakang beliau:-

1974 – 1992



Foto Kredit: RoundtripParadise
Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April 1974, selepas solat Jumaat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama' dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ.

Sewaktu membesar, beliau berguru dengan:



  1. Ustadz Hasan Baharom
  2. Ustadz Soleh Bal As'ad
  3. Ustadz Abdul Hamid
  4. Ustadz Soleh Bin Agil
  5. Ustadz Ahmad Barakwan
  6. Ustadz Husin Bin Abu Bakar
dan ramai lagi para asatizah. Beliau berguru dengan kesemuanya berbagai-bagai kitab dalam bidang agama.

1993 – 1995


Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Bonda, beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan pengajian. Di Hadhramaut, beliau berguru dengan:


  1. Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)
  2. Al Habib Ali Masyhur
  3. Al Habib Salim As Syatiri
  4. Al Habib Hasan As Syatiri
  5. Al Habib Abdullah Bin Syihab
  6. Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur
  7. Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus
  8. Syeikh Fadal Ba Fadal
  9. Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf
  10. Syeikh Umar Husain Al Khatib
  11. Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib
  12. Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri


Beliau juga adalah antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa. Bakat semulajadi beliau sebagai seorang pendakwah mula diasah oleh Al Habib Umar bin Hafidz.

1996 – 2001 


Foto Kredit: ibnuirfadzil

Selepas pengajian beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir pula. Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:

1. Dr. Abdul Badi' Abu Hashim
2. Dr. Saad Jawish
3. Dr. Ali Jum'ah
4. Dr. Muhammad Jibril

Di sini juga beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan bangsa.

2002 – SEKARANG


Foto Kredit: src-iium

Setelah menerima ijazah (degree) dalam jurusan 'Islamic Legislation and Law' dari Universiti Al Azhar, beliau meneruskan kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.

Dalam tahun 2004, beliau bernikah dan sejak itu, beliau serta isteri telah dianugerahkan dengan 3 orang puteri.

Setelah selesai kuliahnya di peringkat Sarjana (Masters), beliau sekarang sedang giat berusaha menyempurnakan Doktor Falsafah (PhD) beliau dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.

DARUL MURTADZA


Dalam tahun 2004, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri, pengasas Darul Murtadza berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Oleh kerana itu, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri telah memohon Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid untuk mengambil alih.


Alhamdulillah, sejak dari itu, Darul Murtadza telah berkembang dari awalnya sebagai pengajian di rumah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dengan jemaah 10 – 20 orang ke sekarang, di Surau Al Hidayah (AU3) dengan jemaah yang makin bertambah. 


Latarbelakang pendidikan dan pembangunan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semulajadi dan kemahiran berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru beliau, menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan sahaja dikenali dengan kehebatan beliau di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga sama dikenali kerana akhlak dan adab beliau yang mulia.
READ MORE - Biografi Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

Sheikh AbdulKarim Yahya









Sheikh AbdulKarim Yahya


     Dilahirkan dan dibesarkan di Berkeley, California.Amerika Syarikat, Sheikh AbdulKarim Yahya, dengan izin Allah, memeluk agama Islam pada tahun 1989 di kampung halamannya. Pada tahun 1996, beliau mendapat inspirasi untuk menimba ilmu agama menerusi kitab karya Hujjatul Islam al-Imam Ghazali r.h. Demi menyambut seruan 'Ihya Ulumiddin (Menghidupkan Kembali Ilmu Agama), beliau bersama keluarga mengembara ke Damaskus, Syria di mana beliau meneruskan proses pencarian ilmu secara serius. 


     Selama dua tahun di Damaskus, beliau menumpukan pembelajaran beliau dalam ilmu asas Bahasa Arab dan pembacaan al-Quran yang dipelajari daripada seorang ulama' mahir al-Quran yang dihormati Sheikh Abu Anas hfz. di masjid Rawda di Damaskus. Kemudian beliau bersama keluarga berpindah ke Tarim, Hadramaut di mana beliau kini menetap.

     Sebagai pelajar di Darul Mustafa, beliau mengutamakan usahanya untuk menemani para masyaikh dan guru-guru yang mempunyai susur-galur keturunan terus kepada Nabi (dari kalangan keluarga Ba 'Alawi) serta para pencinta mereka dan dalam masa yang sama menuntut ilmu agama daripada mereka. Beliau mengkhususkan kemahiran beliau dalam ilmu fiqh mengikut mazhab Syafi'i r.h. Sheikh AbdulKarim mempelajari kurikulum ilmu fiqh di Darul Mustafa mengikut manhaj Imam Nawawi r.h.

     Sejak tahun 1998, Sheikh AbdulKarim mendapat didikan langsung daripada Habib Umar dan abangnya Habib Mashur, kedua-duanya anak kepada Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz, dan juga guru-guru lain di Darul Mustafa, Tarim, Hadramaut. Sheikh AbdulKarim telah diberi keizinan oleh Habib Umar untuk menjawab sebarang persoalan fiqh mengikut mazhab Syafi'i dan juga mengajar ilmu Fiqh, Nahu Bahasa Arab dan disiplin ilmu lain. Beliau juga giat dalam menjadi jurubahasa kepada Habib Umar bin Hafiz dan Habib Ali al-Jifri dalam (rangka lawatan dakwah mereka di negara-negara Barat).


READ MORE - Sheikh AbdulKarim Yahya
Shaykh Affefuddin Al-Jailani dan 
Al-Alamah Al-Habib Umar Al-Hafiz























READ MORE - Habib Umar bin Hafiz visiting Darul Jailani – April 2012

Tahap-tahap dan peringkat-peringkat perubahan kerohanian telah pun disebut. Perlu ditegaskan bahawa setiap peringkat dicapai terutamanya dengan taubat. Bolehlah dipelajari cara bertaubat dengan orang yang mengetahui cara berbuat demikian dan yang telah sendirinya bertaubat. Taubat yang sebenar dan menyeluruh merupakan langkah pertama di dalam perjalanan.

"(Ingatlah) tatkala orang-orang kafir itu adakan dalam hati mereka kesombongan (iaitu) kesombongan jahiliah. Lalu Allah turunkan ketenteraman atas rasul-Nya dan atas mukmin. Dan Dia wajibkan mereka (ucapkan) perkataan menjaga keselamatan (taubat) kerana mereka lebih berhak dengan itu, dan memang (mereka) ahlinya, dan adalah Allah mengetahui tiap sesuatu". (Surah Fath, ayat 26).

Keadaan takutkan Allah mempunyai maksud yang sama dengan kalimah "La ilaha illa Llah" - tiada Tuhan, tiada apa-apa, kecuali Allah. Bagi orang yang mengetahui ini akan ada perasaan takut kehilangan-Nya, kehilangan perhatian-Nya, cinta-Nya, keampunan-Nya; dia takut dan malu melakukan kesalahan sedangkan Dia melihat, dan takutkan azab-Nya. Jika seseorang itu tidak berkeadaan demikian dia perlu mendapatkaan orang yang takutkan Allah dan menerima keadaan takutkan Allah itu daripada orang berkenaan.

Sumber dari mana perkataan itu diterima mestilah bersih dan suci daripada segala-galanya kecuali Allah, dan sesiapa yang menerimanya mestilah ada kebolehan untuk membezakan antara perkataan orang yang suci hatinya dengan perkataan orang awam. Penerimanya mestilah sedar cara perkataan itu diucapkan, kerana perkataan yang bunyinya sama mungkin mempunyai maksud yang jauh berbeza. Tidak mungkin perkataan yang datangnya daripada sumber yang asli sama dengan perkataan yang datangnya daripada sumber lain.

Hatinya menjadi hidup bila dia menerima benih tauhid daripada hati yang hidup kerana benih yang demikian sangat subur, itulah benih kehidupan. Tidak ada yang tumbuh daripada benih yang kering lagi tiada kehidupan. Kalimah suci "La ilaha illa Llah" disebut dua kali di dalam Quran menjadi bukti.

"(Kerana) apabila dikata kepada mereka "Tiada Tuhan melainkan Allah" mereka menyombong. Dan mereka berkata, ‘Apakah kami mesti tinggalkan tuhan-tuhan kami buat (mengikut) seorang ahli syair dan gila?" (Surah Shaaffaat. Ayat 35,36).

Ini adalah keadaan orang awam yang baginya rupa luar termasuk kewujudan zahirnya adalah tuhan-tuhan.

"Oleh itu Ketahuilah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan mintalah perlindungan bagi buah amal kamu, dan bagi mukmin dan mukminat, dan Allah mengetahui tempat usaha kamu (di siang hari) dan tempat kembali kamu (pada malam hari)". (Surah Muhammad, ayat 19).

Firman Allah ini menjadi panduan kepada orang-orang beriman yang tulen yang takutkan Allah.

Saidina Ali r.a meminta Rasulullah s.a.w mengajarkan kepadanya cara yang mudah, paling bernilai, paling cepat kepada keselamatan. Baginda s.a.w menanti Jibrail memberikan jawapannya daripada sumber Ilahi. Jibrail datang dan mengajarkan baginda s.a.w mengucapkan "La ilaha" sambil memusingkan mukanya yang diberkati ke kanan, dan mengucapkan "illa Llah" sambil memusingkan mukanya ke kiri, ke arah hati sucinya yang diberkati. Jibrail mengulanginya tiga kali; Nabi s.a.w mengulanginya tiga kali dan mengajarkan yang demikian kepada Saidina Ali r.a dengan mengulanginya tiga kali juga. Kemudian baginda s.a.w mengajarkan yang demikian kepada sahabat-sahabat baginda. Saidina Ali r.a merupakan orang yang pertama bertanya dan menjadi orang yang pertama diajarkan.

Kemudian satu hari selepas kembali daripada peperangan, Nabi s.a.w berkata kepada pengikut-pengikut baginda, "Kita baharu kembali daripada peperangan yang kecil untuk menghadapi peperangan yang besar". Baginda s.a.w merujukkan kepada perjuangan dengan ego diri sendiri, keinginan yang rendah yang menjadi musuh kepada penyaksian kalimah tauhid. Baginda s.a.w bersabda, "Musuh kamu yang paling besar ada di bawah rusuk kamu".

Cinta Ilahi tidak akan hidup sehinggalah musuhnya, hawa nafsu badaniah kamu, mati dan meninggalkan kamu.

Mula-mulanya kamu mesti bebas daripada ego kamu yang mengheret kamu kepada kejahatan. Kemudian kamu akan mula memiliki suara hati yang belum penuh, walaupun kamu masih belum bebas sepenuhnya daripada dosa. Kamu akan memiliki perasaan mengkritik diri sendiri - tetapi ia belum mencukupi. Kamu mesti melepasi tahap tersebut kepada peringkat di mana hakikat yang sebenarnya dibukakan kepada kamu, kebenaran tentang benar dan salah. Kemudian kamu akan berhenti melakukan kesalahan dan akan hanya melakukan kebaikan. Dengan demikian diri kamu akan menjadi bersih. Di dalam menentang hawa nafsu dan tarikan badan kamu, kamu mestilah melawan nafsu kehaiwanan - kerakusan, terlalu banyak tidur, pekerjaan yang sia-sia - dan menentang sifat-sifat haiwan liar di dalam diri kamu - kekejian, marah, kasar dan berkelahi. Kemudian kamu mesti usahakan membuang perangai-perangai ego yang jahat, takabur, sombong, dengki, dendam, tamak dan lain-lain penyakit tubuh dan hati kamu. Cuma orang yang berbuat demikian yang benar-benar bertaubat dan menjadi bersih, suci murni dan tulen.

"Sesungguhnya Allah kasih kepada orang yang bertaubat dan memelihara kesuciannya". (Surah Baqarah, ayat 222).

Dalam melakukan taubat seseorang itu mestilah mengambil perhatian supaya penyesalannya tidak samar-samar dan tidak juga secara umum agar dia tidak jatuh ke dalam ancaman Allah:
"Tidak kira berapa banyak mereka bertaubat mereka tidak sebenarnya menyesal. Taubat mereka tidak diterima".

Ini ditujukan kepada mereka yang hanya mengucapkan kata-kata taubat tetapi tidak tahu sejauh mana dosa mereka, malah tidak mengambil tindakan pembaikan dan pencegahan. Itulah taubat yang biasa, taubat zahir yang tidak menusuk kepada punca dosa. Ia adalah umpama orang yang cuba menghapuskan rumput dengan memotong bahagian di atas tanah tetapi tidak mencabut akarnya yang di dalam bumi. Tindakan yang demikian membantu rumput untuk tumbuh dengan lebih segar. Orang yang bertaubat dengan mengetahui kesalahannya dan punca kesalahan itu berazam tidak mengulanginya dan membebaskan dirinya daripada kesalahan itu, mencabut akar pokok yang merosakkan itu. Cangkul yang digunakan untuk menggali akarnya, punca kepada dosa-dosa, ialah pengajaran kerohanian daripada guru yang benar. Tanah mestilah dibersihkan sebelum ditanam pokok.


"Dan Kami bawakan perumpamaan kepada manusia supaya mereka memikirkannya". (Surah Hasyr, ayat 21).

"Dia jualah Penerima taubat hamba-hamba-Nya dan mengampunkan dosa, dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan". (Surah Syura, ayat 25).


"Kecuali orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan amal salih, maka mereka itu Allah tukarkan kejahatan mereka dengan kebaikan kerana adalah Allah itu Pengampun, Penyayang". (Surah Furqaan, ayat 70).

Ketahuilah taubat yang diterima tandanya ialah seseorang itu tidak lagi jatuh ke dalam dosa tersebut.

Ada dua jenis taubat, taubat orang awam dan taubat mukmin sejati. Orang awam berharap meninggalkan kejahatan dan masuk kepada kebaikan dengan cara mengingati Allah dan mengambil langkah usaha bersungguh-sungguh, meninggalkan hawa nafsunya dan kesenangan badannya dan menekankan egonya. Dia mesti meninggalkan keegoannya yang ingkar terhadap peraturan Allah dan masuk kepada taat. Itulah taubatnya yang menyelamatkannya dari neraka dan memasukkannya ke dalam syurga.

Orang mukmin sejati, hamba Allah yang tulen, berada di dalam suasana yang jauh berbeza. Mereka berada pada makam makrifat yang jauh lebih tinggi daripada makam orang awam yang paling baik. Sebenarnya bagi mereka tidak ada lagi anak tangga untuk dipanjat; mereka telah sampai kepada kehampiran dengan Allah. Mereka telah meninggalkan kesenangan dan nikmat dunia ini dan menikmati kelazatan alam kerohanian - rasa kehampiran dengan Allah, nikmat menyaksikan Zat-Nya dengan mata keyakinan.

Perhatian orang awam tertuju kepada dunia ini dan kesenangan mereka adalah merasai nikmat kebendaan dan kewujudan kebendaannya. Malah, jika kewujudan kebendaan manusia dan dunia merupakan satu kesilapan begitu jugalah nikmat dan kecacatan yang paling baik daripadanya.

Kata-kata yang diucapkan oleh orang arif, "Kewujduan dirimu merupakan dosa, menyebabkan segala dosa menjadi kecil jika dibandingkan dengannya". Orang arif selalu mengatakan bahawa kebaikan yang dilakukan oleh orang baik-baik tidak mencapai kehampiran dengan Allah tidak lebih daripada kesalahan orang yang hampir dengan-Nya. Jadi, bagi mengajar kita memohon keampunan terhadap kesalahan yang tersembunyi yang kita sangkakan kebaikan, Nabi s.a.w yang tidak pernah berdosa memohon keampunan daripada Allah sebanyak seratus kali sehari. Allah Yang Maha Tinggi mengajarkan kepada rasul-Nya:

"Pintalah perlindungan bagi buah amal kamu dan bagi mukmin dan mukminat". 
(Surah Muhamamd, ayat 19).

Dia jadikan rasul-Nya yang suci murni sebagai teladan tentang cara bertaubat - dengan merayu kepada Allah supaya menghilangkan ego seseorang, sifat-sifatnya dan dirinya, semuanya pada diri seseorang, mencabut kewujudan diri seseorang. Inilah taubat yang sebenarnya.

Taubat yang demikian meninggalkan segala-galanya kecuali Zat Allah, dan berazam untuk kembali kepada-Nya, kembali kepada kehampiran-Nya untuk melihat Wajah Ilahi. Nabi s.a.w menjelaskan taubat yang demikian dengan sabda baginda s.a.w, "Ada sebahagian hamba-hamba Allah yang tulen yang tubuh mereka berada di sini tetapi hati mereka berada di sana, di bawah arasy". Hati mereka berada pada langit kesembilan, di bawah arasy Allah kerana penyaksian suci terhadap Zat-Nya tidak mungkin berlaku pada alam bawah.

Di sini hanya kenyataan atau penzahiran sifat-sifat suci-Nya yang dapat disaksikan, memancar ke atas cermin yang bersih kepunyaan hati yang suci. Saidina Umar r.a berkata, "Hatiku melihat Tuhanku dengan cahaya Tuhanku". Hati yang suci adalah cermin di mana keindahan, kemuliaan dan kesempurnaan Allah memancar. Nama lain yang diberi kepada suasana ini ialah pembukaan (kasyaf), menyaksikan sifat-sifat Ilahi yang suci.

Bagi memperolehi suasana tersebut, untuk membersihkan dan menyinarkan hati, perlulah kepada guru yang matang, yang di dalam keesaan dengan Allah, yang disanjung dan dimuliakan oleh semua, dahulu dan sekarang. Guru berkenaan mestilah telah sampai kepada makam kehampiran dengan Allah dan dihantar balik ke alam rendah oleh Allah untuk membimbing dan menyempurnakan mereka yang layak tetapi masih mempunyai kecacatan.

Di dalam penurunan mereka untuk melakukan tugas tersebut wali-wali Allah mestilah berjalan Sesuai dengan sunnah Rasulullah s.a.w dengan mengikuti teladan baginda s.a.w, tetapi tugas mereka berlainan dengan tugas rasul. Rasul diutuskan untuk menyelamatkan orang ramai dan juga orang-orang yang beriman. Guru-guru tadi pula tidak dihantar untuk mengajar semua orang tetapi hanyalah sebilangan yang dipilih sahaja. Rasul-rasul diberi kebebasan dalam menjalankan tugas mereka, sementara wali-wali yang mengambil tugas sebagai guru mesti mengikuti jalan rasul-rasul dan nabi-nabi.

Guru kerohanian yang mengaku diri mereka merdeka, menyamakan dirinya dengan nabi, jatuh kepada kesesatan dan kekufuran. Bila Nabi s.a.w mengatakan sahabat-sahabat baginda yang arif adalah umpama nabi-nabi Bani Israil, baginda memaksudkan lain daripada ini - kerana nabi-nabi yang datang selepas Musa a.s semuanya mengikuti prinsip agama yang dibawa oleh Musa a.s. Mereka tidak membawa peraturan baharu. Mereka mengikuti undang-undang yang sama. Seperti mereka juga orang-orang arif dari kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w yang bertugas membimbing sebahagian daripada orang-orang suci yang dipilih, mengikuti kebijaksanaan Nabi s.a.w, tetapi menyampaikan perintah dan larangan dengan cara baharu yang berbeza, terbuka dan jelas, menunjukkan kepada murid-murid mereka dengan perbuatan yang mereka kerjakan pada masa dan keadaan yang berlainan. Mereka memberi dorongan kepada murid-murid mereka dengan menunjukkan kelebihan dan keindahan prinsip-prinsip agama. Tujuan mereka ialah membantu pengikut-pengikut mereka menyucikan hati yang menjadi tapak untuk membina tugu makrifat.

Dalam semua itu mereka mengikut teladan daripada pengikut-pengikut Rasulullah s.a.w yang terkenal sebagai ‘golongan yang memakai baju bulu' (ahli sufi)  yang telah meninggalkan semua aktiviti keduniaan untuk berdiri di pintu Rasulullah s.a.w dan berada hampir dengan baginda. Mereka menyampaikan khabar sebagaimana mereka menerimanya secara langsung daripada mulut Rasulullah s.a.w. Dalam kehampiran mereka dengan Rasulullah s.a.w mereka telah sampai kepada peringkat di mana mereka boleh bercakap tentang rahsia israk dan mikraj Rasulullah s.a.w sebelum baginda membuka rahsia tersebut kepada sahabat-sahabat baginda.

Wali-wali yang menjadi guru memiliki kehampiran yang serupa dengan Nabi s.a.w dengan Tuhannya. Amanah dan penjagaan terhadap ilmu ketuhanan yang serupa dianugerahkan kepada mereka. Mereka merupakan Pemegang sebahagian daripada kenabian, dan diri batin mereka selamat di bawah penjagaan Rasulullah s.a.w.

Tidak semua orang yang memiliki ilmu berada di dalam keadaan tersebut. Mereka yang sampai ke situ adalah yang lebih hampir kepada Rasulullah s.a.w daripada anak-anak dan keluarga mereka sendiri dan mereka adalah umpama anak-anak kerohanian Rasulullah s.a.w yang hubungannya lebih erat daripada hubungan darah. Mereka adalah pewaris sebenar kepada Nabi s.a.w. Anak yang sejati memiliki zat dan rahsia bapanya pada rupa zahirnya dan juga pada batinnya. Nabi s.a.w menjelaskan rahsia ini, "Ilmu khusus adalah umpama khazanah rahsia yang hanya mereka yang mengenali Zat Allah boleh mendapatkannya. Namun bila rahsia itu dibukakan orang yang mempunyai kesedaran dan ikhlas tidak menafikannya".

Ilmu tersebut dimasukkan kepada Nabi s.a.w pada malam baginda s.a.w mikraj kepada Tuhannya. Rahsia itu tersembunyi di dalam diri baginda di sebalik tiga ribu tabir hijab. Baginda s.a.w tidak membuka rahsianya melainkan kepada sebahagian pengikut baginda yang sangat hampir dengan baginda. Melalui penyebaran dan keberkatan rahsia inilah Islam akan terus memerintah sehingga ke hari kiamat.

Pengetahuan batin tentang yang tersembunyi membawa seseorang kepada rahsia tersebut. Sains, kesenian dan kemahiran keduniaan adalah umpama kerangka kepada pengetahuan batin. Mereka yang memiliki pengetahuan kerangka itu bolehlah mengharapkan satu hari nanti mereka diberi kesempatan untuk memiliki apa yang di dalam kerangka. Sebahagian daripada mereka yang berilmu memiliki apa yang patut dimiliki oleh seorang manusia secara umumnya sementara sebahagian yang lain menjadi ahli dan memelihara ilmu tersebut daripada hilang. Ada golongan yang menyeru kepada Allah dengan nasihat yang baik. Sebahagian daripada mereka mengikuti sunnah Nabi s.a.w dan dipimpin oleh Saidina Ali r.a. yang menjadi pintu kepada gedung ilmu yang melaluinya masuklah mereka yang menerima undangan dari Allah.


"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana dan nasihat dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik". (Surah Nahl, ayat 125).

Maksud dan perkataan mereka adalah sama. Perbezaan pada zahirnya hanyalah pada perkara-perkara terperinci dan cara pelaksanaannya.

Sebenarnya ada tiga makna yang kelihatan sebagai tiga jenis ilmu yang berbeza - dilakukan secara berbeza, tetapi menjurus kepada yang satu sesuai dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Ilmu dibahagikan kepada tiga yang tidak ada seorang manusia boleh menanggung keseluruhan beban ilmu itu juga tidak berupaya mengamalkan dengan sekaliannya.

Bahagian pertama ayat di atas "Serulah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana (hikmah)", Sesuai dengan makrifat, zat dan permulaan kepada segala sesuatu, pemiliknya mestilah sebagaimana Nabi s.a.w beramal Sesuai dengannya. Ia hanya dikurniakan kepada lelaki sejati yang berani, tentera kerohanian yang akan mempertahankan kedudukannya dan menyelamatkan ilmu tersebut. Nabi s.a.w bersabda, "Kekuatan semangat lelaki sejati mampu menggoncang gunung". Gunung di sini menunjukkan keberatan hati sesetengah manusia. Doa lelaki sejati yang menjadi tentera kerohanian dimakbulkan. Bila mereka menciptakan sesuatu ia berlaku, bila mereka mahukan sesuatu hilang maka ia pun hilang.


"Dia kurniakan hikmah kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Barangsiapa dikurniakan hikmah maka sesungguhnya dia telah diberi kebajikan yang banyak". (Surah Baqarah, ayat 269).

Jenis kedua ialah ilmu zahir yang disebut Quran sebagai "seruan yang baik". Ia menjadi kulit kepada hikmah kebijaksanaan rohani. Mereka yang memilikinya menyeru kepada kebaikan, mengajar manusia berbuat baik dan meninggalkan larangan-Nya. Nabi s.a.w memuji mereka. Orang yang berilmu menyeru dengan lemah lembut dan baik hati, sementara yang jahil menyeru dengan kasar dan kemarahan.

Jenis ketiga ialah ilmu yang menyentuh kehidupan manusia di dalam dunia. Ia disebut sebagai ilmu agama (syariat) yang menjadi sarang kepada hikmah kebijaksanaan (makrifat). Ia adalah ilmu yang diperuntukkan kepada mereka yang menjadi pemerintah manusia; menjalankan keadilan ke atas sesama manusia; pentadbiran manusia ke atas sesama manusia. Bahagian terakhir ayat Quran yang di atas tadi menceritakan tugas mereka "dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang lebih baik". Mereka ini menjadi kenyataan kepada sifat Allah "al-Qahhar" Yang Maha Keras. Mereka berkewajipan menjaga peraturan di kalangan manusia selaras dengan hukum Tuhan, seumpama sabut melindungi tempurung dan tempurung melindungi isi.

Nabi s.a.w menasihatkan, "Biasakan dirimu berada di dalam majlis orang-orang arif, taatlah kepada pemimpin kamu yang adil. Allah Yang Maha Tinggi menghidupkan hati dengan hikmah seperti Dia jadikan bumi yang mati hidup dengan tumbuh-tumbuhan dengan menurunkan hujan". Baginda s.a.w juga bersabda, "Hikmah adalah harta yang hilang bagi orang yang beriman, dikutipnya di mana sahaja ditemuinya".

Malah perkataan yang diucapkan oleh manusia biasa datangnya daripada Loh Terpelihara menurut hukum Allah terhadap segala perkara daripada awal hingga akhir. Loh itu disimpan pada alam tinggi pada akal asbab tetapi perkataan diucapkan menurut makam seseorang. Perkataan mereka yang telah mencapai makam makrifat adalah secara langsung daripada alam tersebut, makam kehampiran dengan Allah. Di sana tidak ada perantaraan.

Ketahuilah bahawa semua akan kembali kepada asal mereka. Hati, zat, mesti dikejutkan; jadikan ianya hidup untuk mencari jalan kembali kepada asalnya yang suci murni. Ia mesti mendengar seruan. Seseorang mesti mencari orang yang daripadanya seruan itu muncul, melaluinya zahir seruan. Itulah guru yang sebenar. Ini merupakan kewajipan bagi kita. Nabi s.a.w bersabda, "Menuntut ilmu wajib bagi setiap orang Islam lelaki dan perempuan".

Ilmu tersebut merupakan peringkat terakhir semua ilmu, itulah ilmu makrifat, ilmu yang akan membimbing seseorang kepada asalnya, yang sebenar (hakikat). Ilmu yang lain perlu menurut sekadar mana keperluannya. Allah menyukai mereka yang meninggalkan cita-cita dan angan-angan kepada dunia, kemuliaan dan  kebesarannya, kerana kepentingan duniawi ini menghalang seseorang kepada Allah.

"Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu upah atas (menyampaikan)nya, kecuali percintaan (kepadaku) dalam kerabat". (Surah Syura, ayat 23).

Ditafsirkan maksud perkataan "apa yang hampir dengan kamu" ialah datang hampir dengan kebenaran.
READ MORE - Taubat dan pengajaran melalui perkataan

Allahu ... Allah, ada seseorang yang ingin menyanggah fatwa para ulama (baca: fatwanya para ulama dan bukannya fatwa ese) yang mengharamkan merokok. Beliau, membawakan cuplikan video youtube yang telah lama beredar, di mana Syaikh `Ali Jum`ah hafizahullahmenceritakan bahawa Musnid Dunya Syaikh Yaasin al-Fadani rahimahullahjuga menghisap rokok. Dipertontonkan cuplikan tersebut dengan sangkaan bahawa al-`Alim al-`Allaamah Mufti `Ali Jum`ah termasuk ulama kontemporer yang mengharuskan atau sekadar memakruhkan merokok. Namun sangkaan tersebut adalah jauh terpeleset kerana ternyata Mufti `Ali Jum`ah adalah antara ulama yang mengharamkan merokok. Sebagaimana Syaikh Nuruddin al-Banjari hafizahullah, yang juga pernah menimba ilmu dengan Syaikh Yaasin rahimahullah, Mufti Dr. `Ali Jum`ah telah memfatwakan merokok adalah haram. Fatwa beliau ini termaktub dalam himpunan fatwa beliau yang masyhur, "al-Bayaan li maa yasyghal al-adzhaan".

Silalah tuan-tuan lihat fatwa beliau sepenuhnya sebagaimana tersebut pada halaman 357 - 358, beliau, antara lain, menyatakan bahawa asalnya rokok dibawa dan disebarkan oleh penjajah Inggeris ke wilayah - wilayah Othmaniyyah, manakala di wilayah Maghrib ianya diperkenalkan oleh Yahudi. Beliau juga menyebut bahawa sebab berlaku perbezaan pendapat di kalangan ulama terdahulu (qadiman) mengenai hukum merokok adalah kerana mereka berselisih mengenai kemudaratannya. Namun, sesuai dengan peredaran masa, di mana hari demi hari, kajian dan penyelidikan kesihatan moden telah membuktikan bahawa merokok adalah sangat memudaratkan kesihatan manusia. Oleh itu, Mufti Dr. `Ali Jum`ah hafizahullah telah menghukumkan merokok sebagai HARAM dan di akhir fatwanya, beliau dengan tegas menyatakan:-

و لذا نرى أن التدخين عاذة سيئة محرمة شرعا، نسأل الله أن يتوب على من ابتلي بها
" Dengan itu, kami berpendapat bahawa merokok adalah kebiasaan yang buruk yang diharamkan syarak. Kami memohon kepada Allah agar memberikan kesedaran untuk bertaubat kepada sesiapa yang dibala`kan dengan perbuatan tersebut."
Janganlah mudah - mudah membawa kisah ulama terdahulu yang menghisap rokok sebagai dalil untuk menyanggah fatwa terkini mengenai merokok. Sesuatu hukum itu disandarkan kepada illahnya (sebabnya). Merokok itu haram kerana ianya memudaratkan kesihatan, mungkin ulama terdahulu mengharuskan merokok atau hanya memakruhkannya kerana menurut ilmu mereka ketika itu, merokok tidak mendatangkan mudarat. Mudarat atau tidak, itulah `illah tempat berlegarnya hukum. Tidaklah boleh dihujjahkan bahawa merokok itu halal atau harus atau makruh kerana Syaikh fulan kuat merokok. Jawab dahulu dengan jujur persoalan samada merokok itu memudaratkan atau tidak mengikut kajian pakar ? Ulama terdahulu diberi keuzuran (ma'dzur) kerana kurangnya pengetahuan dan kajian ketika itu mengenai bahaya dan mudarat merokok. Juga, kemungkinan rokok yang ada pada ketika itu berbeza kandungan bahannya dengan rokok-rokok yang beredar sekarang yang mempunyai berbagai kandungan kimia yang membahayakan. Kepada yang merokok, moga-moga Allah memberikan kekuatan kepada kalian untuk berhenti merokok dan menjadikan kalian orang yang banyak ruku' dan bukan banyak rokok.
READ MORE - Merokok Itu Haram - Mufti `Ali Jum`ah

HABIBANA MUNZIR AL MUSAWA



HABIBANA MUNZIR AL MUSAWA


berkata : Jika aku sakit, maka menceritakan tentangnya (shallallahu'alaihi wasallam) adalah obat bagi penyakitku.
Sungguh indah menyebutnya adalah bagi hatiku Jika Para
perindu mengetahui Penyakitku maka katakan kepada mereka Sesungguhnya perjumpaan dengan kekasih hati itulah obatnya Wahai orang yang berjalan ke madinah sampaikan lembaran cinta kepada kekasihku
shallallahu'alaihi wasallam..."

~Mohon keikhlasan antum menyebarkan pesan ini di FB antum agar semakin banyak orang yang mendo'akan guru kita HABIB MUNZIR AL MUSAWA semoga lekas sembuh sedia kala, Syukron...




READ MORE - HABIBANA MUNZIR AL MUSAWA

Muhasabah hati


mUhaSaBah haTi

pernah tak anda terfikir,
betapa nikmatnya rasa DEKAT dengan Allah,
anda rasa hidup ini tidak ada risaunya
kerana anda PASTI, pertolongan Allah tu dekat,
dekat sangat....
rindu pada Allah, selalu dirasai..
anda akui,
Dia sentiasa ada, kala susah atau senang
hati sentiasa tenang mengingati Allah..

tapi, kadang2 anda sendiri yang bawa diri
bawa diri jauh..jauh dari Allah.
hati kata mahu rehat.hati kata dahaga maksiat.hati kata rindu hiburan.
dan bila hidup anda rasakan sukar sekali,
anda sedar anda dah jauh tinggalkan Dia.
macam mana nak hadapkan muka,
nak pohon pertolongan,
malu..malu...MALUNYA PADA ALLAH!
anda mula sedar, betapa indahnya kalau anda x pernah lari dari kasihNya.

kadang-kadang,
hati anda rasa berat memikul dosa2 hitam..
rasa sesak nafas,
mengenangkan dosa2 yang bertambah-tambah
sehari demi sehari
malam datang
kau mula menangis teresak-esak,
hati kata rindu pada Allah
sujud kau lamakan, seakan tak mahu bangkit lagi.
tapi kemudian anda lupa kembali,
nafsu kata lapar...anda berikan dunia..

kadang rasa pilu,
tatkala melihat insan disekeliling anda,
satu persatu,
MATI menderita kerana sakit.
terkadang terfikir bila pula giliran kita.
kalau hari itu sudah datang, apakah hari-hari kini akan anda kesali?


pernahkah anda imbau kembali.
anda pada hari ini.
atas siapa anda berdiri.
bahagia.berjaya. yang anda kecapi pada hari ini
andai Allah tidak hadir memberi sepenuh hati
anda fikir, mungkinkah anda sehebat hari ini?

kadang-kadang rasa takut menyelubungi diri
kalau2 nikmat hari ini ditarik kembali,
kerana kau kufur..kau dah tak dekat pada Illahi.
tersenyum megah hari ini semua menyanjung dirimu.
terkadang kau takut kalau2 esok DIA datang menjemput segalanya..

kau
berdiri atas siapa
kalau bukan Dia
Rabbul Izzati.
kalau diri sudah jauh dariNya
bagaimana mahu bergantung sepenuh hati?
kalau esok lusa hidup terasa kelabu..
pada siapa mahu diminta bantu??
mahukah Dia melihat aku
yang telah jauh tenggelam dalam kelam maksiat sendiri..
ampunkan kami ya Allah.
READ MORE - Muhasabah hati

Kisah Orang Yang Bertaubat


Allah Ta’ala berfirman,
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53)

Dari Buraidah dia berkata,
أَنَّ مَاعِزَ بْنَ مَالِكٍ الْأَسْلَمِيَّ أَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي قَدْ ظَلَمْتُ نَفْسِي وَزَنَيْتُ وَإِنِّي أُرِيدُ أَنْ تُطَهِّرَنِي, فَرَدَّهُ. فَلَمَّا كَانَ مِنْ الْغَدِ أَتَاهُ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي قَدْ زَنَيْتُ فَرَدَّهُ الثَّانِيَةَ. فَأَرْسَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى قَوْمِهِ فَقَالَ: أَتَعْلَمُونَ بِعَقْلِهِ بَأْسًا تُنْكِرُونَ مِنْهُ شَيْئًا, فَقَالُوا: مَا نَعْلَمُهُ إِلَّا وَفِيَّ الْعَقْلِ مِنْ صَالِحِينَا فِيمَا نُرَى. فَأَتَاهُ الثَّالِثَةَ فَأَرْسَلَ إِلَيْهِمْ أَيْضًا فَسَأَلَ عَنْهُ فَأَخْبَرُوهُ أَنَّهُ لَا بَأْسَ بِهِ وَلَا بِعَقْلِهِ. فَلَمَّا كَانَ الرَّابِعَةَ حَفَرَ لَهُ حُفْرَةً ثُمَّ أَمَرَ بِهِ فَرُجِمَ. قَالَ فَجَاءَتْ الْغَامِدِيَّةُ فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي قَدْ زَنَيْتُ فَطَهِّرْنِي, وَإِنَّهُ رَدَّهَا. فَلَمَّا كَانَ الْغَدُ قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ تَرُدُّنِي لَعَلَّكَ أَنْ تَرُدَّنِي كَمَا رَدَدْتَ مَاعِزًا فَوَاللَّهِ إِنِّي لَحُبْلَى. قَالَ: إِمَّا لَا, فَاذْهَبِي حَتَّى تَلِدِي. فَلَمَّا وَلَدَتْ أَتَتْهُ بِالصَّبِيِّ فِي خِرْقَةٍ قَالَتْ: هَذَا قَدْ وَلَدْتُهُ. قَالَ: اذْهَبِي فَأَرْضِعِيهِ حَتَّى تَفْطِمِيهِ, فَلَمَّا فَطَمَتْهُ أَتَتْهُ بِالصَّبِيِّ فِي يَدِهِ كِسْرَةُ خُبْزٍ فَقَالَتْ: هَذَا يَا نَبِيَّ اللَّهِ قَدْ فَطَمْتُهُ وَقَدْ أَكَلَ الطَّعَامَ. فَدَفَعَ الصَّبِيَّ إِلَى رَجُلٍ مِنْ الْمُسْلِمِينَ ثُمَّ أَمَرَ بِهَا فَحُفِرَ لَهَا إِلَى صَدْرِهَا وَأَمَرَ النَّاسَ فَرَجَمُوهَا. فَيُقْبِلُ خَالِدُ بْنُ الْوَلِيدِ بِحَجَرٍ فَرَمَى رَأْسَهَا فَتَنَضَّحَ الدَّمُ عَلَى وَجْهِ خَالِدٍ فَسَبَّهَا, فَسَمِعَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَبَّهُ إِيَّاهَا فَقَالَ: مَهْلًا يَا خَالِدُ فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَدْ تَابَتْ تَوْبَةً لَوْ تَابَهَا صَاحِبُ مَكْسٍ لَغُفِرَ لَهُ. ثُمَّ أَمَرَ بِهَا فَصَلَّى عَلَيْهَا وَدُفِنَتْ
Ma’iz bin Malik Al Aslami pergi menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam seraya berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah menzhalimi diriku, kerana aku telah berzina, oleh kerana itu aku ingin agar anda berkenan membersihkan diriku.” Namun baginda menolak pengakuannya. Keesokan harinya, dia datang lagi kepada baginda sambil berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah berzina.” Namun baginda tetap menolak pengakuannya yang kedua kalinya. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengutus seseorang untuk menemui kaumnya dengan mengatakan: “Apakah kalian tahu bahawa pada akalnya Ma’iz ada sesuatu yang tidak beres yang kalian ingkari?” mereka menjawab, “Kami tidak yakin jika Ma’iz terganggu fikirannya, setahu kami dia adalah orang yang baik dan masih  akalnya.”
Untuk ketiga kalinya, Ma’iz bin Malik datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk membersihkan dirinya dari dosa zina yang telah diperbuatnya. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun mengirimkan seseorang menemui kaumnya untuk menanyakan kondisi akal Ma’iz, namun mereka membetahukan kepada baginda bahawa akalnya sihat dan termasuk orang yang baik. Ketika Ma’iz bin Malik datang keempat kalinya kepada beliau, maka beliau memerintahkan untuk membuat lubang perlaksanaan bagi Ma’iz. Akhirnya baginda memerintahkan untuk merejamnya, dan hukuman rejam pun dilaksanakan.”
Buraidah melanjutkan, “Suatu ketika ada seorang wanita Ghamidiyah datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam seraya berkata, “Wahai Rasulullah, diriku telah berzina, oleh kerana itu sucikanlah diriku.” Tetapi untuk pertama kalinya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menghiraukan bahkan menolak pengakuan wanita tersebut. Keesokan harinya wanita tersebut datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sambil berkata, “Wahai Rasulullah, kenapa anda menolak pengakuanku? Sepertinya engkau menolak pengakuanku sebagaimana engkau telah menolak pengakuan Ma’iz. Demi Allah, sekarang ini aku sedang mengandung bayi dari hasil hubungan gelap itu.” Mendengar pengakuan itu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sekiranya kamu ingin tetap bertaubat, maka pulanglah sampai kamu melahirkan.”
Setelah melahirkan, wanita itu datang lagi kepada beliau sambil menggendong bayinya yang dibungkus dengan kain, dia berkata, “Inilah bayi yang telah aku lahirkan.” Beliau lalu bersabda: “Kembali dan susuilah bayimu sampai kamu beransur-ansur menghentikan (susuan).” Setelah mamasuki masa menyapih (berhenti susuan), wanita itu datang lagi dengan membawa bayinya, sementara di tangan bayi tersebut ada sekerat roti, lalu wanita itu berkata, “Wahai Nabi Allah, bayi kecil ini telah aku sapih (berhenti susuan), dan dia sudah dapat menikmati makanannya sendiri.” Kemudian baginda memberikan bayi tersebut kepada seseorang di antara kaum muslimin, dan memerintahkan untuk melaksanakan hukuman rejam. Akhirnya wanita itu ditanam dalam tanah hingga sebatas dada.
Setelah itu beliau memerintahkan orang-orang supaya melemparinya dengan batu. Sementara itu, ikut serta melempari kepala wanita tersebut dengan batu, tiba-tiba percikan darahnya mengenai wajah Khalid, seketika itu dia mencaci maki wanita tersebut. Ketika mendengar makian Khalid, Nabi Allah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Tenangkanlah dirimu wahai Khalid, demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya perempuan itu telah benar-benar bertaubat, sekiranya taubat (seperti) itu dilakukan oleh seorang pemilik al-maks niscaya dosanya akan diampuni.” Setelah itu beliau memerintahkan untuk mensolatkan jenazahnya dan menguburkannya.” (HR. Muslim no. 1695)
Makna pemilik al-maks adalah orang yang mengambil harta manusia tanpa hak, semisal orang-orang yang menagih pajak dan pungutan wajib dari kaum muslimin tanpa ada hak.
Penjelasan ringkas:
Telah disebutkan pada artikel sebelumnya mengenai keutamaan, syarat, dan adab dalam bertaubat, kerana tidak sesuai seorang muslim untuk berputus asa dari rahmat Allah. Bahkan berputus asa dari rahmat Allah merupakan dosa yang sangat besar dan termasuk ciri-ciri orang yang kafir, sebagaimana ucapan Ya’qub kepada anak-anaknya, Dan janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (QS. Yusuf: 87)
Ambillah pelajaran dari para sahabat -radhiallahu anhum-, walaupun keimanan dan keilmuan mereka tinggi dan terus-menerus menuju kesempurnaan, tetap saja mereka bukanlah manusia yang maksum dari dosa-dosa. Kerananya tidaklah seorang pun di antara mereka yang berbuat dosa kecuali dia segera ‘mengadu’ kepada Rasulullah -alaihishshalatu wassalam- dan segera kembali kepada Allah dengan segera bertaubat, bahkan mereka tidak segan-segan untuk minta ditegakkan had (jika dosanya mempunyai hukum had) untuk membersihkan dosa-dosa mereka. Dan ini menunjukkan kuatnya keyakinan mereka kepada Allah dan jujurnya niat mereka dalam bertaubat.
 dua orang sahabat di atas, juga  pembunuh 100 nyawa, juga  Ka’ab bin Malik beserta dua temannya yang diboikot tatkala mereka tidak ikut  bersama Nabi -alaihishshalatu wassalam-, dan kisah-kisah lainnya merupakan pelajaran yang sangat berharga bagi orang-orang yang datang setelah mereka.
Ada beberapa pengajaran yang boleh dipetik dari kisah di atas:
1. Hukum had itu menghapuskan dosa yang diperbuat jika dia ikhlas menjalaninya.
2. Kasih sayang Nabi -alaihishshalatu wassalam- kepada para sahabatnya tatkala beliau berusaha semaksimal mungkin agar mereka tidak terkena hukum had. Ini terbukti dengan beliau tidak mengindahkan pengakuan kedua sahabat ini pada awalnya. Tapi tatkala mereka terus-menerus mengaku maka beliaupun menjatuhkan hukum had kepada mereka.
3. Kisah ini menujukkan jika seseorang berbuat zina tanpa ada yang menyaksikannya atau tidak ada yang melaporkannya, maka hendaknya dia melihat keadaan dirinya: Jika dia khawatir akan terjatuh ke dalam zina untuk kedua kalinya maka hendaknya dia melaporkan dirinya agar dirajam, tapi jika dia betul-betul bertaubat dan yakin tidak akan terjatuh lagi ke dalam zina maka hendaknya dia menyembunyikannya dan tidak melaporkan dirinya. Ini ditunjukkan dalam hadits lain yang shahih.
4. Hukum rejam wajib ditegakkan, hanya saja masalah waktu pelaksanaannya diserahkan kepada ijtihad penguasa. Dia boleh mengundurkannya (bukan menggugurkannya) kerana ada maslahat lain, misalnya maslahat bayi kalau pezina itu hamil.
5. Orang gila yang berzina tidak dijatuhi hukuman had, itu karena beliau mempertanyakan kesihatan akal Maiz kepada kaumnya.
6. Dari sini juga difahami bahwa  hendaknya mengumpulkan maklumat yang jelas dan tepat sebelum menjatuhkan hukum had.
7. Rejam adalah ditanamnya tubuh pezina (yang telah menikah) di dalam tanah sampai ke dadanya, kemudian dia dilempari batu oleh kaum muslimin.
8. Tidak boleh mencela dan menghina orang yang telah bertaubat. Ini juga ditunjukkan oleh kisah perdebatan antara Adam dan Musa -alaihimassalam- yang masyhur di kalangan ulama.
Wallahu Ta’ala a’la wa ahkam.
READ MORE - Kisah Orang Yang Bertaubat
Related Posts with Thumbnails

Tuan Guru dan Habib Umar

Tuan Guru dan Habib Umar

jom ikut saye

pelawat

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP