Lambaian Insaf V4

“ Sebab kerasnya hati adalah dosa, kemaksiatan, sering bergaul dengan orang-orang lalai serta orang-orang yang fasiq. Sedangkan penyebab hati menjadi lunak, bersih dan tentram adalah mentaati Allah, berteman dengan orang-orang baik, dzikir, membaca Al Qur’an dan istighfar. ”~Asyraf Al-Fandani~

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam mujahadah

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.


Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah
melakukan perkara syirik kepada Allah. Pembaca sekalian
syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling
besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.


2. Mayat yang mukanya berbentuk ****.

Itulah petanda
semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu,
tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya.
Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan
perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar
ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum
arak, berjudi sahaja.Tak tutup aurat juga perbuatan
keji.Beringat-ingatlah.


3.Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.

Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapanya.


4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.

Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang
haram
. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya
mencuri…harta yang haram. Merompak…harta haram.
Melesapkan duit kawan…harta yang haram.


5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh
tubuhnya.

Itulah mayat yang semasa hidupnya suka
berkelahi,mengata orang dan mengumpat orang.Haa!!!Bagi yang suka mengumpat tu jaga2 lah.Sudah-sudahlah tu...


6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air
itu baunya lebih busuk dari bangkai.

Itulah mayat orang yang suka makan riba’.Allahuakhbar!!!Mana-mana pemimpin suka mengamalkan riba'@rasuah tu...sudah-sudah lah...bawak-bawaklah bertaubat...Ingat Allah swt.Tinggalkan je perjuangan yg tidak berdasarkan islam tu...


7. Mayat yang wajahnya tersenyum.

Itulah mayat yang
semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.


~Asyraf Al-Fandani~

"Drp Allah.Kpd Allah,Beserta Allah"

*Catatan selepas subuh

23/6/2010-10 Rejab 1431

READ MORE - 7 Jenis wajah mayat di dalam kubur
بسم الله الرحمن الرحيم
(Kemuliaan sikap Saidina Ali)


Suatu hari Saidina Ali a.s tergesa-gesa untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah saw.Di tengah perjalanan ke masjid,Saidina Ali bertemu dengan orang tua bertongkat sedang berjalan dengan sangat perlahan dan di tangannya memegang pelita untuk menerangi jalan yang gelap gelita.Saidina Ali mengikut sahaja langkah orang tua itu kerana dia tidak sanggup memintas orang tua itu sebagai menghormatinya.Apabila tiba di masjid,Saidina Ali bergegas masuk ke masjid,untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama Rasulullah saw.Ketika Saidina Ali memasuki masjid didapati Rasulullah sedang rukuk.Rukuk Rasulullah pada kali itu sungguh lama,tidak seperti biasa,seolah-olah menanti Saidina Ali turut serta solat berjemaah.

**************
Setelah selesai solat subuh Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah saw "Ya Rasulullah,kenapakah engkau memanjangkan rukuk pada kali ini,belum pernah engkau lakukan sebelum ini".Jawab Rasulullah. "Semasa aku sedang rukuk,dan ketika aku hendak iktidal,tiba-tiba datang malaikat jibril dan menekan belakangku.Setelah lama menekan barulah aku dapat iktidal."Mendengar jawapan rasulullah saw,Saidina Ali menceritakan apa yang berlaku semasa perjalanannya ke masjid tadi.

Rupa-rupanya Allah telah mengisytiharkan kepada rasulullah saw supaya menanti Saidina Ali supaya dapat ikut serta solat subuh berjemaah.Ada juga diriwayatkan bahawa saat itu Allah telah memerintahkan malaikat Mika'il supaya menahan kelajuan matahari agar Saidina Ali dapat solat subuh bersama Rasulullah saw kerana sikap Saidina Ali merendah diri dan menghormati orang tua nasrani itu.

Allahuakhbar...
inilah akhlak orang islam terdahulu yang patut kita ambil contoh untuk menghiasi peribadi kita agar seperti Saidina Ali.Sehinggakan rahmat pertolongan Allah swt sentiasa bersama kepada orang-orang yang beriman.

Wallahuta'ala 'alam

~Asyraf Al-Fandani~
"Drp Allah.Kpd Allah,Beserta Allah"

*Catatan selepas subuh :
22/6/2010-9 Rejab 1431

READ MORE - Kemuliaan sikap Saidina Ali

Bersediakah kita?



بسم الله الرحمن الرحيم


Jika dihitung-hitung umur kita selama mana kita hidup di atas muka bumi ini dengan amalan-amalan yang telah dilakukan oleh kita sudah pasti dan pasti amalan kita terlalu sedikit jika dibandingkan perbuatan dosa yang telah kita lakukan pada masa lampau.


Allahuakhbar...Jika kita merasa amalan kita sudah cukup banyak dan sempurna,itulah adalah perasaan kita semata-mata dan sebenarnya segala amalan kita tidaklah banyak mana pun.Kalau kita lihat dalam pelbagai sudut persoalan,ikhlaskah kita dalam beribadat?sungguhkah kita?sempurnakah ia?benar-benar takutkah kita pada Allah swt?kusyukkah kita dalam solat selama ni?betulkah solat itu cara ditunjukkan nabi saw?Allahuakhbar...banyak lagi kita boleh fikir.Bila ditolak-tolak...terlalu sedikit.Kalau dikira amalan,memang tak layak pun masuk syurga Allah swt.Tetapi semuanya daripada rahmat Allah kepada hambanya,kesyurga akhirnya bagi orang-orang yang beriman.Inilah bukti cinta Allah.

Alam kubur..
.sudahkah kita benar-benar bersedia untuk menghadapinya?bersediakah kita menjawab soalan-soalan yang tersedia?Jika kita belum bersedia,cepat-cepatlah bertaubat nasuha memohon ampun kepada Allah swt.Ini saja jalan untuk menyelamatkan@meringankan kita dari azab kubur.

Bagaimana rasanya jika kita dihadapkan di hadapan Allah swt...
dengan dosa-dosa yang melimpah-ruah banyaknya?Di dunia,kita mengaku kita cinta akan Allah swt,tapi kita sering lalai dari solat,bertuhankan nafsu,menghinakan saudara kita seislam,berbuat andaian yang mendatangkan fitnah.Sesungguhnya kita berbohong pada Allah sebenarnya.Allah...

Jadi saya menyeru pada semua pembaca,bermulalah dari sekarang untuk siapkan diri lakukan taubat memohon keampunan daripada Allah swt dengan sebenarnya.Kita sudah ketiadaan masa,gunakanlah peluang yang kita ada,mati hanya sekali,bukan 3 kali.Bila dah mati,tamatlah persinggahan kita di atas muka bumi Allah swt dan bermulanya titik pertemuan ke alam kubur.Allahuakhbar!!! Benarlah kata nabi saw,orang yang mengingati mati merupakan orang yang bijaksana kerana segala persiapan untuk mati telah difikirkan dan dilakukan untuk menghadapi di alam kubur nanti.

Semoga peringatan ini berguna untuk saya dan pembaca.Agar kita sama-sama lakukan taubat kepada Allah memohon keampunan ke atas dosa-dosa besar dan kecil yang telah dilakukan.Mohonlah keampunan kepada Allah swt,sesungguhnya keampunan Allah kepada hambanya lebih besar daripada dosa besar yang dilakukan oleh kita walaupun sebesar gunung.

Berkata Imam Nawawi :

Taubat daripada segala dosa adalah wajib,Sekiranya maksiat tersebut hanya di antara hamba dan Allah swt iaitu tidak berhubung kait dengan hak-hak anak Adam maka terdapat 3 syarat :

1. Meninggalkan maksiat
2.Menyesal dengan perlakuan tersebut
3.Berazam tidak mengulanginya lagi untuk selama-lamanya.

Sekiranya gugur salah satu daripada syarat tadi maka taubat tersebut tidak sah.Jika maksiat itu berkaitan dengan anak adam syaratnya ada 4 iaitu : 3 yang disebutkan tadi dan keempatnya ialah pelepasan daripada tuan empunya.Jika harta atau sebagainya maka hendaklah dikembalikan kepada tuannya.Jika ia termasuk hak-hak anak adam tidak kira apa jua seperti had menuduh atau seumpamanya maka hendaklah minta dihalalkan daripadanya.Dia juga wajib bertaubat daripada segala dosa.

Kisah Iktibar :

Kisah ini ada diriwayatkan di dalam sahih muslim iaitu kisah pembunuh yang membunuh seratus orang.Pembunuh itu diberi panduan dan jalan oleh seorang yang paling alim di zamannya bahawa Allah swt akan menerima taubatnya.Orang alim tadi memberikan syarat kepadanya agar meninggalkan suasana persekitaran yang rosak kerana persekitaran di antara faktor besar yang menyebabkan dia melakukan kejahatan.Kemudian pembunuh itu pergi ke tempat yang dimaksudkan.Disana terdapat orang mukmin yang soleh agar dia mencintai orang-orang yang soleh serta dia dapat diberikan tunjuk ajar dari mereka.

****************
Pintu taubat masih terbuka

sesungguhnya pintu taubat masih terbuka kepada semua manusia sehinggalah matahari terbit dari arah barat.Maka bersegeralah kita semua untuk bertaubat kepadaNya sebelum terlambat.


Sabda rasulullah saw bermaksud :

"Sesungguhnya Allah membuka tanganNya pada malam hari supaya orang yang melakukan maksiat pada siang hari bertaubat dan Dia membuka tanganNya di siang hari supaya yang melakukan maksiat pada malam hari bertaubat hingga matahari terbit dari barat"

(Riwayat Muslim)
~Asyraf Al-Fandani~
"Drp Allah,kpd Allah,Beserta Allah"

*Catatan lepas subuh :
21/6/2010-8 Rejab 1431
READ MORE - Bersediakah kita?
Related Posts with Thumbnails

Tuan Guru dan Habib Umar

Tuan Guru dan Habib Umar

jom ikut saye

pelawat

free counters

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP