Lambaian Insaf V4

Sebab kerasnya hati adalah dosa, kemaksiatan, sering bergaul dengan orang-orang lalai serta orang-orang yang fasiq. Sedangkan penyebab hati menjadi lunak, bersih dan tentram adalah mentaati Allah, berteman dengan orang-orang baik, dzikir, membaca Al Qur’an dan istighfar. ~Asyraf Al-Fandani~


Allah ‘Azza wajalla berfirman (hadits Qudsi): “Hai anak Adam, Aku menyuruhmu tetapi kamu berpaling, dan Aku melarangmu tetapi kamu tidak mengindahkan, dan Aku menutup-nutupi (kesalahan-kesalahan)mu tetapi kamu tambah berani, dan Aku membiarkanmu dan kamu tidak mempedulikan Aku. Wahai orang yang esok hari bila diseru oleh manusia akan menyambutnya, dan bila diseru oleh Yang Maha Besar (Allah) dia berpaling dan mengesampingkan, ketahuilah, apabila kamu minta Aku memberimu, jika kamu berdoa kepada-Ku Aku kabulkan, dan apabila kamu sakit Aku sembuhkan, dan jika kamu berserah diri Aku memberimu rezeki, dan jika kamu mendatangiKu Aku menerimamu, dan bila kamu bertaubat Aku ampuni (dosa-dosa)mu, dan Aku Maha Penerima Taubat dan Maha Pengasih.” (HR. Tirmidzi dan Al Hakim)

{Asyraf Al-Fandani}
"Drp Allah,kpd Allah,Beserta Allah"
READ MORE - Bukti CINTA Allah kpd HAMBANYA

Bismillahirrahmanirrahim...


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Kali ini, aku ingin berkongsi sebuah kisah dengan sahabat-sahabat semua. Semoga kisah ini dapat menjadi pengajaran dan panduan buat sahabat-sahabat serta buat diri sendiri khususnya.



Kisahnya bermula begini. Ada seorang ahli sufi yang memang terkenal dengan doanya yang mustajab sehingga tiada satu pun doanya yang tidak dimakbulkan oleh Allah. Pada suatu hari, ahli sufi tersebut keluar dari rumah dengan berjalan kaki. Sehinggalah beliau sampai di depan sebatang sungai dan dia ingin ke seberang sana. Jika dia mahu, dia boleh saja berdoa kepada Allah supaya dia dapat berjalan di atas air dan menyeberang sungai dengan sekelip mata. Namun, beliau tidak melakukannya, bimbang akan timbul perasaan riak di dalam hatinya.



Setelah menunggu, datanglah sebuah samapan yang membawa penumpang ke seberang. Di atas sampan tersebut kelihatan beberapa orang yang mempunyai tujuan yang sama. Tiba-tiba, ada seorang lelaki yang bertanya kepada ahli sufi tersebut,



"Wahai ahli sufi, bagaimana kamu berdoa sehingga semua doa-doamu makbul?"



Ahli sufi hanya berdiam tanpa menjawab soalan lelaki tersebut.



Sehinggalah sampai satu masa hanya tinggal tiga orang dalam sampan tersebut iaitu pendayung sampan, lelaki serta ahli sufi tersebut. Tiba-tiba, ahli sufi menolak lelaki tadi sehingga terjatuh ke dalam sungai. Lelaki tersebut dengan semena-mena menjerit meminta tolong. Lelaki itu tidak tahu berenang, dan dia memang bersungguh-sungguh menjerit meminta tolong. Sehinggalah sampai masa pendayung sampan terjun untuk menyelamatkannya.



Sehinggalah lelaki tersebut selamat dan kembali berada di dalam sampan. Setelah menghilangkan penat akibat tercungap-cungap lemas tadi, dia kembali bertanya kepada ahli sufi,



"Wahai ahli sufi, mengapa engkau menolak aku ke dalam sungai?"



"Aku hanya bertanya satu soalan kepada engkau, bagaimana engkau berdoa dan semua doamu mustajab," sambung lelaki itu lagi.



"Itulah jawapanku kepada soalanmu," jawab ahli sufi.



Jawapan itu membuatkan lelaki tersebut terpinga-pinga. Ahli sufi kemudian menyambung dengan persoalan,



"Bagaimana keadaanmu ketika di dalam sungai tadi?"



"Tadi ketika di dalam sungai, aku menjerit-jerit meminta tolong. Berharap semoga adanya pertolongan yang datang, kerana aku sedar aku tak boleh berenang. Aku berdoa kepada Allah supaya adanya orang yang akan datang menyelamatkan aku. Aku bersungguh-sungguh berdoa meminta pertolongan dengan menjerit meminta tolong,"



"Itulah sebenarnya cara kita berdoa kepada Allah. Jika kita inginkan sesuatu daripada Allah, seharusnya kita minta dengan bersungguh-sungguh dan penuh dengan keyakinan dalam doa kita kepadanya,"



Akhirnya, lelaki yang bertanya faham dengan penjelasan yang cuba disampaikan oleh ahli sufi tadi.



Sebagai pengajaran bagi cerita yang disampaikan, berdoalah kepada Dia dengan bersungguh-sungguh. Berdoa dengan penuh keyakinan, dan percaya bahawa Allah sentiasa mendengar doa daripada hamba-hamba-Nya. Terutamanya buat sahabat-sahabat yang bakal menduduki peperiksaan yang tidak lama lagi.



USAHA+DOA+TAWAKAL=InsyaAllah KEJAYAAN...



http://dillawardah.blogspot.com



READ MORE - Kisah Ahli Sufi dengan Seorang Lelaki

Catatan selepas subuh 2


بسم الله الرحمن الرحي
salam keinsafan




MUHAMMAD BIN WASIE'


Ketika Muhammad bin wasi' رحمه الله dalam keadaan sakit tenat, ramai manusia yang menziarahinya. Ada yang berdiri dan ada yang duduk. Beliau berkata kepada seorang sahabatnya:

أخبرني ما يغني هؤلاء عني إذا أخذ بناصياتي وقدمي غدا وألقيت في النار؟ ثم تلا هذه الأية
{يعرف المجرمون بسيماهم فيؤخذ بالنواصي والأقدام}.

"Beritahu aku, apakah mereka semua ini boleh membantu aku ketika malaikat menyentap ubun2 dan kedua kaki ku dan aku dicampakkan ke dalam api neraka pada hari kiamat kelak? Kemudian beliau membaca ayat ini:

"Orang-orang yang berdosa dikenali dengan tanda-tanda yang ada pada mereka dan akan direntap ubun2 dan kaki mereka." (41 : ar-Rahman)


Wallahuta'ala 'alam.

Asyraf Al-Fandani
(selepas subuh)
16/sept/10
Khamis



READ MORE - Catatan selepas subuh 2


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahawa ISTERI mereka begitu berHARGA…

Dan sangat berHARGA.


READ MORE - Jika isteri menangis dihadapanmu…..
Related Posts with Thumbnails

Tuan Guru dan Habib Umar

Tuan Guru dan Habib Umar

jom ikut saye

pelawat

free counters

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP