Lambaian Insaf V4

Sebab kerasnya hati adalah dosa, kemaksiatan, sering bergaul dengan orang-orang lalai serta orang-orang yang fasiq. Sedangkan penyebab hati menjadi lunak, bersih dan tentram adalah mentaati Allah, berteman dengan orang-orang baik, dzikir, membaca Al Qur’an dan istighfar. ~Asyraf Al-Fandani~
Sambungan...

1. Ia juga merupakan penawar untuk mengubat batin, membersih batin, menyuci batin, menggemuk batin dan paling penting membuka "Nur Qalbi" serta menghancurkan ketulan darah kotor yang bergantung/bergayut di hujung jantung, yang dinamakan "Istana Iblis" itu. Itu yang lebih penting. Kuasa yang ada kepada zikir ia boleh menerangi seluruh hati kita dengan Cahaya Allah (Nurrullah). Ini akan berlaku apabila kita sudah memperolehi apa yang dinamakan "Piala" zikir.


2. Apabila seluruh batin kita sudah diselimuti oleh zikirilah, maka seluruh batin kita akan cerah dan dapat berfungsi dengan baik seperti malam hari diterangi oleh bulan purnama. Orang yang mencecah kepada zikir itu akan memperolehi mata batin (Basirun), telinga batin (Sami'un) dan sebagainya lagi.




~Sekadar Hiasan~



3. Apabila hati sudah disuluhi dan diterangi oleh cahaya Allah, maka batinnya akan berfungsi dan di kala inilah diri kita dapat mema'rifatkan kepada Allah. Proses pemancaran (wujud) cahaya zikir itu seperti proses pemancaran cahaya matahari yang tertimpa keatas bulan dan memancarkan (refleksi) cahaya yang nyaman, lembut dan romantik ke bumi.


4. Apabila sampai ke tahap atau makam ini maka seseorang ahli zikir itu dapat mengetahui sesuatu yang tidak dapat ditangkap oleh anggota zahir. Misalnya apa yang tidak dapat diketahui oleh mata, dapat ditangkap oleh mata batinnya. Sesuatu yang tidak dapat didengar oleh telinga zahir tapi boleh didengar oleh telinga batin dan begitulah seterusnya.


5. Keistimewaan mereka yang sudah dapat menguasai hakikat zikir ini menyebabkan dia dapat mendengar dan faham segala gerak-geri alam, haiwan, serangga dan juga deseran dedaun kayu, ombak, hembusan angin dan sebagainya. Orang yang menduduki makam ini juga kadang-kala bercakap-cakap sendiri (padahal dia bercakap dengan isi alam).


6. Matanya dapat melihat pada waktu malam atau di kala alam gelap-gelita. Dirinya dapat mengetahui sesuatu yang berlaku meskipun dia berada di alam tidur. Dia juga dapat maklumat tepat mengenai apa- apa yang akan berlaku ke atas dirinya dan dunia dalam sekitar tempoh 40 hari, seperti tarikh kematian dirinya. Pendeknya segala rahsia Allah yang tidak dapat disingkap oleh anggota batin dapat diketahui oleh diri batin.


7. Keistimewaan ahli zikir yang sampai ke peringkat itu bukan setakat itu sahaja, dia juga dapat bertahan lapar, haus dan menahan sakit dan penderitaan-penderitaan zahir yang lain. Tubuh mereka menjadi "kebal" daripada rasa sakit dan pedih. Zikir itu sebenarnya menjadi penebat pada tubuh mereka. Kerana itulah kita selalu mendengar para Wali Allah itu adakalanya tidak makan bertahun-tahun dan tidak sakit bertahun-tahun. Sesetengahnya pula sangat merindui kepada kesakitan dan mahu kepada kematian.


Seseorang Wali Allah yang telah sampai ke peringkat zikir yang memecahkan rahsia itu boleh hidup untuk beribu tahun tanpa makan dan minum. Kisah ataupun hakikat ini bukan dongengan atau merupakan satu "kempen" untuk mendorong kita memiliki ilmu zikir ini, tetapi merupakan satu kenyataan yang disurat-lipatkan dalam Al-Quran.


Mungkin anda pernah mendengar kisah "Pemuda Ashabul Khafi" di dalam Al-Quran, di mana tujuh orang pemuda yang semuanya anak raja tidur selama 309 tahun kerana beramal kepada Allah. Mereka adalah Wali Allah, yang merupakan ahli zikir kelas satu (first-class).


Kalau diukurkan kepada logik, mustahil seorang manusia itu dapat tidur selama beratus tahun tanpa makan dan minum, tentu mereka akan mati. Menurut pendapat pakar perubatan moden (medical specialist), manusia hanya dapat bertahan selama lapan hari sahaja tanpa makan dan minum, selepas itu dia akan mati kebuluran.


Tetapi tujuh orang Pemuda Ashabul Khafi" itu bukan lapan hari, tetapi selama 309 tahun mereka berada dalam gua (Khafi), yang pintunya ditutup rapat dan tanpa memakan apa-apa makanan.


Apakah rahsia maka mereka dapat bertahan dan hidup begitu lama. Apakah yang mereka makan bagi meneruskan hayat mereka? Jawabnya tidak lain dan tidak bukan ialah zikir. Mereka berzikir (ingat kepada Allah) dan menjadikan zikir sebagai santapan rohani. Dari kisah itu jelas membuktikan kepada kita, bahawa bila sampai ke satu peringkat, zikir itu boleh mengenyangkan kita. Ia boleh melapangkan dada kita.



FirmanNya : -


"Jika engkau ingatkan Aku, Aku ingatkan engkau."


"Dan hanya pada Tuhanlah hendaknya kamu berharap."



Demikian juga dengan apa yang berlaku ke atas Wali-wali dan para Nabi. Kenapa mereka memperolehi kelebihan, keistimewaan dan juga kemuliaan, (karamah hidup) kerana mereka benar-benar menguasai "Zikir Ma'rifat". Nabi Ibrahim a.s. walaupun dicampak ke dalam api, baginda tidak mengalami apa-apa walaupun seurat bulu roma pun tidak hangus. Apa menyebabkan Baginda kebal ialah tak lain dan tak bukan kerana dia berzikir (ingat) kepada Allah.


Nabi Nuh a.s. walaupun seluruh kaumnya mati kelemasan kerana bah (banjir) besar, tetapi dia selamat. Apakah rahsia menyebabkan dia selamat, jawabnya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana dia sentiasa berzikir (ingat) akan Allah. Zikir-zikir Nabi Nuh a.s. menyebabkan air tidak masuk ke dalam bahteranya.




~Sekadar Hiasan~



Demikianlah hikmah dan juga rahsia zikir terlalu besar sekali ia boleh menjadikan seseorang itu dikatakan karamah dan punya kelebihan yang jarang dimiliki oleh orang ramai. Terpulanglah kepada kita apakah kita ingin ataupun tidak memiliki segala rahsia itu, tepuk dada tanya iman. Walau bagaimanapun suka penulis mengingatkan, dalam hal ini jangan pula kerana mengetahui akan rahsia-rahsia itu maka kita berzikir semata-mata mengharapkan segala kekeramatan itu. Niat begitu sudah salah. Dan yakinlah kalau kita buat dengan memasang niat begitu segala apa yang kita hajati tidak menjadi. Konsep dalam beramal itu tidak boleh ghairah dan mengharapkan apa-apa ganjaran.


Sebaliknya berzikirlah sebagai satu tanggungjawab kita terhadap Allah dalam usaha untuk "Kamil-mukamil" denganNya.


Wallahu taala 'alam.


Sebarang komen dibuka untuk semua pembaca.


~Edisi 3~


~Asyraf Al-Fandani~


"Drp Allah,kpd Allah,Beserta Allah"


READ MORE - ~Sifat-sifat ketakwaan~(edisi 3)


Salam kembali dan salam ketenangan.

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih memberi peluang kepada saya untuk meneruskan perkongsian ilmu ini.Saya akan terus pergi kepada sambungannya.

Muslimin&muslimat dirahmati Allah subhanallahuwataala

Ketahuilah bahawa tidak seorang pun yang dapat menghadirkan jiwanya kepada Allah swt kecuali dengan zikir.Syeikh Madyan At-Tilmisany berkata :

"Barangsiapa senantiasa berzikir,nescaya menjadi bening hatinya.Dan barangsiapa bening hatinya,pastinya ia tetap tenang dihadapan Allah subhanallahuwa taala."

Dalam sebuah firmanNya Allah mengingatkan dan menjelaskan, sesungguhnya orang yang berzikir itu mendapat keuntungan. Allah tidak sengaja memberi penjelasan itu apa lagi bertujuan untuk menipu kerana Dia terpelihara dari sifat-sifat keji begitu. JanjiNya adalah tepat dan benar. Sudah tentu orang yang mengingatiNya (berzikir) itu akan mendapat keuntungan dan ketenangan, baik di akhirat ataupun di dunia ini.


FirmanNya : -


"Sesungguhnya (wajib) beruntung bagi mereka yang membersihkan (hati) dan (dengan) berzikir menyebut nama Tuhannya (serta) mendirikan Solat."
(Al-A'laa 14-15)


Apabila mengingatkan kepada peringatan itu sudah tentu kita mahu mengetahui apakah keuntungan yang dijanjikan itu. Menjadi fitrah manusia ia mengharapkan penjelasan terhadap sesuatu yang dijanjikan itu serta mahu huraian yang memuaskan sebelum ia cenderung untuk menerimanya. Seperti perihal zikir ini semua manusia mahu mengetahui kedudukan yang sebenarnya. Apakah yang dikatakan keberuntungan itu? Cuma satu menjadi masalah bila mengetahui keberuntungan itu, kadang-kadang manusia dengan tiba-tiba menjadi rajin untuk melakukan sesuatu. Apakah janji itu hanya sebagai pancingan untuk meransang manusia agar rajin mengingati Allah?

Dalam hal ini perlu diingatkan, jangan pula setelah mengetahui keberuntungan yang bakal diperolehi itu, menyebabkan kita menjadi rajin dan mengharap-harapkan kepadanya. Kita menanti-nanti akan keberuntungan itu dengan berzikir. Kalau kita sudah berkelakuan begitu, kita sudah tidak ikhlas lagi dalam beramal. Keadaan itu telah merosakkan tujuan dan juga matlamat kita beramal (berzikir).Allahuakhbar!Minta jauhlah...



~sekadar hiasan~


Firman Allah Ta'ala : -


"Dan serulah Ia (Allah) dengan mengikhlaskan agama bagiNya."


(Al-A'raaf 29)


Sebenarnya banyak rahsia ataupun keuntungan yang bakal diperolehi oleh seseorang yang kuat berzikir kepada Allah.


FirmanNya : -


"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram."


Selain daripada itu,


"Kerana itu ingatlah kepadaKu nescaya Aku ingat kepadamu dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan jangan kamu mengingkari nikmatKu." (Al-Baqarah 152)


Bagaimanapun dalam tajuk kecil ini(zikir) , penulis tidak bercadang untuk menceritakan perihal keberuntungan itu lagi, tetapi dikhususkan untuk mendedahkan rahsia-rahsia yang terdapat dari zikir, di mana rahsia ini semua menjadi idaman dan impian semua manusia.


Di sini akan diterangkan mengenai "hakikat" rahsia ataupun rahsia peribadi yang diperolehi oleh seseorang yang berzikir itu. Lebih tepat lagi rahsia-rahsia kerohanian dan juga pembukaan "Sungai Ladunni" oleh seseorang yang telah sampai pada makam zikir yang sebenarnya.


Antaranya : -


Bersambung....


~Edisi 2~
READ MORE - ~Sifat-sifat ketakwaan~(edisi 2)
Related Posts with Thumbnails

Tuan Guru dan Habib Umar

Tuan Guru dan Habib Umar

jom ikut saye

pelawat

free counters

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP