Lambaian Insaf V4

Sebab kerasnya hati adalah dosa, kemaksiatan, sering bergaul dengan orang-orang lalai serta orang-orang yang fasiq. Sedangkan penyebab hati menjadi lunak, bersih dan tentram adalah mentaati Allah, berteman dengan orang-orang baik, dzikir, membaca Al Qur’an dan istighfar. ~Asyraf Al-Fandani~

Berubahlah...Inilah masanya.

Wahai Kawan-kawanKu Insaflah

Salam wbt.

Semoga kawan2 lama ku membaca coretan ini berada di dalam hidayah Allah swt.InsyaAllah.

Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya,mudah-mudahan kita berjaya menjadi insan yang berbahagia didunia dan diakhirat.

Wahai kawan,

Amat bimbang sebenarnya di hati ini apabila memikirkan kerenah ummah hari demi hari,ragut demi ragut,bunuh diri,pencolekan,rogol,masalah penceraian keluarga,gejala2 sosial,pembuangan bayi yg terkini,walaupun bkn perkara baru tetapi peningkatan peratusan kes makin membimbangkan.
Terlebih dahulu,bknlah berhajat utk membuat tulisan ini susah difahami tetapi mudah utk kita semua faham dan memberi sedikit kesedaran sebenarnya.

KawanKu,
Coretan ini lebih aku fokuskan kepada kes yg teramat dibimbangi oleh aku,iaitu KES PEMBUANGAN BAYI yg semakin tidak terkawal dari semasa ke semasa.Cuba korang fikir sejenak,apa yang sedang berlaku pada ummah,saudara2 kita sesama islam,rakan-rakan kita dan semua yang mengaku berakidah islam pada hari ini?

Korang sendiri fikir dan cakap,beragama islam,berakidah islam,beriman kepada Allah dan sebagainya,TETAPI,ada ataupun tidak korang terfikir,rasa bimbang yang teramat sangat,sensitiviti pada KES ni???

KawanKU,
Aku teringat dimana Allah swt telah merakamkan didlm Al-Quran surah al-a'raaf 179 yg bermaksud:

"Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempuyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang yang lalai".

Allahuakhbar!

KawanKu,
Aku berharap kita tidak termasuk di dalam golongan ini.Golongan yang sesat,dimana kita selalu merasakan kita ni ISLAM,tetapi pada hakikatnya SESAT dan JAUH dari rahmat Allah swt sebenarnya.Dan janganlah kita sendiri meletakan dan meredhakan diri utk masuk ke dalam NERAKA ALLAH swt.Begitulah jg dengan kes PEMBUANGAN BAYI hari ini,semuanya melibatkan remaja2 bawah umur,remaja2 baru saja tamat persekolahan dan mejoritinya anak-anak bangsa kita.Terfikir ataupun tidak terhadap anak2 atau bayi yang baru lahir di muka bumi hari ini diBUANG begitu sahaja.Allahuakhbar! Dimana letaknya perasaan kasihan pada hati seseorang yang bergelar manusia???KENAPA...manusia bertindak teramat teruk daripada binatang???SubhanaAllah!

Lihatlah gambar-gambar BAYI tidak berdosa ini yg baru sahaja lahir dimuka bumi terus dibuang oleh makhluk bergelar manusia.


Perbuatan yang jijik dilakukan tanpa berfikir akibat seterusny



INILAH hasilnya.Ya Allah...



Perbuatan sebegini rupa amat menyedihkan



BAYI2 yg baru dilahirkan dibuang dan ditinggalkan begitu sahaja.


Inilah akibat apabila cinta berputik di antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah.Kawan2,semua ini terjadi apabila CINTA itu tidak diletakkan pada tempat yang sepatutnya.HATI lah punca segala2nya,apabila hati tidak dijaga dengan betul,terpesong jauh dari kasih sayang Allah swt.

"Hek eleh...ustaz nak nasihat saya pulak,tapi belum tentu ustaz ni baik sangat pun...." sindir herry.

"Sebelum ni pun,yang buat kes buang bayi ni pun,yang pakai tudung labuh jugak...ape cer ustaz???" tambahnya lagi.

Inilah ucapan2 yang sering di dengar oleh pemaksiat...cuba mengelak apabila di tegur orang.Apa sudah jadi persepsi depa ni pada orang2 bertudung labuh???adakah semuanya mcm tu???Allahuakhbar!!!

"Sebenarnya,...tidak kesemuanya mcm tu,cm segelintir2 depa ni kemungkinn tidak beberapa faham dlm penghayatan islam itu sendiri.Mungkin depa memerlukan sedikit masa utk betul2 berubah...kita jangan mudah membuat satu persepsi yang salah tanpa berfikir dan selidik.Kalau boleh tu,kita timbulkan persoalan,apa sebabnya terjadi begitu kita bincang elok2..." jawab Ustaz Wan.

"Tapi sebenarnya mcm awak ni,sempat lagi bertaubat kepada Allah swt selagi pintu taubat itu terbuka...kalau dah ditutup,segala dosa-dosa yang kita dah buat tidak akan di ampun oleh Allah swt."Sesungguhnya penerimaan taubat disisi allah s.w.t hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan,kemudian mereka segera bertaubat,(dengan adanya dua sebab itu), maka mereka itulah yang diterima allah taubatnya dan (ingatlah) allah maha mengetahui,lagi maha bijaksana". Tambah Ustaz Wan.

"Maafkan saya ustaz,tadi mungkin saya emosi dan tertekan sebenarnya apa yang telah terjadi kepada saya" kata Herry

Wajah Herry kelihatan bersalah...

"Ustaz..boleh saya tanya sesuatu?" tanya Herry

"Ape die?" jawab ustaz dan sambil bertanya.

"Macam saya ni malu apa yang saya dah buat,saya tahu perkara tu salah disisi agama,tapi saya nak berubah sebenarnya dan bertaubat kepada Allah swt..." kata Herry

Allahuakhbar!!!Ya Allah,Cepat sungguh hidayah MU hadir.Inilah buktinya cintaMU terhadap hambaMU yang lemah.Subhanallah.

"Habis tu,apa masalah nya???" jawab ustaz dan bertanya

"Errrrrrr.....errrr..sa...sa..saya sebenarnyaaa...sudah lupa bacaan dalam solat ustaz...mandi wajib pun saya tak pandai....." jawab Herry

"emmm,tak pe,..jangan risau..,jom ikut ustaz.,ustaz ajar ye..." .Alhamdulillah,awak dah sedar sekarang,awak lah orang yang terpilih." ustaz teruskan perbualan.

Akhirnya adalah diingatkan bagi mereka yang sudah terlanjur,hendaklah segera bertaubat dan menjauhi segala perbuatan-perbuatan terkutuk tersebut.Janganlah membunuh bayi, berilah mereka peluang untuk hidup.Semoga allah s.w.t menerima taubat hamba-hambanya.

KawanKu,

Minta maaf kepada mereka2 yang pernah terlibat,Jadi aku mengajak kembalilah kepada Allah swt agar hidup korang lebih bermakna di sisi Allah swt.Disini aku hanya dapat membantu memberi semangat kat korang,tapi yang sebenarnya,korang sendirilah yang mengubah diri masing-masing.

Berusahalah untuk menukar segala apa tabiat buruk yang ada pada diri anda sedikit demi sedikit. Ingatlah, Allah sentiasa akan membantu hambaNya yang ingin berubah.

Firman Allah: Allah tidak akan merubah nasib seseorang atau sesuatu kaum, sebelum orang itu atau kaum itu berusaha (menunjukkan komitmen) untuk mengubah nasib diri mereka.

Firman Allah ini jelas dan terang sekali menyeru kita bahawa sekiranya kita inginkan nasib kita berubah, situasi kewangan kita berubah, kesihatan kita berubah, keluarga kita berubah, pasangan kita berubah, masyarakat kita berubah, negara kita berubah, ( segalanya menjurus kepada perubahan dari keadaan buruk kepada keadaan yang baik) maka kita perlu melakukan PERUBAHAN itu sendiri bermula dengan diri kita, dan perubahan yang pertama-tama sekali yang perlu anda lakukan ialah: perubahan pada cara anda berfikir. Berfikirlah dengan kaedah husnuzzon (Bersangkabaik/Berfikiran Positif)


Wallahuta'ala alam.

~asyraf Al-Fandani~
"Drp Allah,Kpd Allah,Beserta Allah"

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Tuan Guru dan Habib Umar

Tuan Guru dan Habib Umar

jom ikut saye

pelawat

free counters

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP