Lambaian Insaf V4

Sebab kerasnya hati adalah dosa, kemaksiatan, sering bergaul dengan orang-orang lalai serta orang-orang yang fasiq. Sedangkan penyebab hati menjadi lunak, bersih dan tentram adalah mentaati Allah, berteman dengan orang-orang baik, dzikir, membaca Al Qur’an dan istighfar. ~Asyraf Al-Fandani~

Ya Allah...MANISnya IMAN




















Manis iman bukan seperti gula-gula atau manisan. Manis iman bukan seperti ais kacang atau air tebu. Kerana manis iman bukan dirasai oleh anggota zahir tetapi roh. Kerana manis makanan dan minuman kita suka, gembira dan ketawa. Tetapi manis iman......

Apa perasaan kita apabila berdiri tegak menghadap Allah Taala?
Apa rasa kita apabila rukuk, sujud di hadapan Allah Yang Maha Agung?
Apa respon kita apabila mengungkap di bibir dan meneliti di aqal satu persatu surah Al-Fatihah?

Bagaimana kita membaca al-Quran?
Tahukah kita makna dan maksud apa yang sedang kita bacakan?

Apa perasaan kita apabila membaca atau diceritakan sirah Rasulullah s.a.w. kepada kita?
Tika baginda ditimpa penghinaan, kesusahan, fitnah, celaan ?
Tika senda gurau baginda s.a.w. dengan keluarga dan para sahabat ?

Hanya mereka yang benar-benar memahami dan menghayati sahaja dapat membayangi apa yang mereka sedang lakukan (baca, dengar, tadabbur, fikir, yakini, amal, sampaikan).
Dari situlah akan timbul rasa manisnya iman. Walau kadangkala rasanya sering bertukar-tukar - pahit, masin, kelat, masam, tawar. Tatkala hilang manis itu sukar sungguh mencarinya semula. Terpaksa berperang. Terpaksa berdiam. Terpaksa menyendiri seketika. Kerana rasa manisnya iman itu lazat.

Macam mana rasa manis iman ??? Rasailah sendiri.....

~asyraf Al-Fandani~
Pemuda pandan At-taqwa

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Tuan Guru dan Habib Umar

Tuan Guru dan Habib Umar

jom ikut saye

pelawat

free counters

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP