Lambaian Insaf V4
Link nota
Salam kembali dan salam ketenangan.
Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih memberi peluang kepada saya untuk meneruskan perkongsian ilmu ini.Saya akan terus pergi kepada sambungannya.
Muslimin&muslimat dirahmati Allah subhanallahuwataala
Ketahuilah bahawa tidak seorang pun yang dapat menghadirkan jiwanya kepada Allah swt kecuali dengan zikir.Syeikh Madyan At-Tilmisany berkata :
"Barangsiapa senantiasa berzikir,nescaya menjadi bening hatinya.Dan barangsiapa bening hatinya,pastinya ia tetap tenang dihadapan Allah subhanallahuwa taala."
Dalam sebuah firmanNya Allah mengingatkan dan menjelaskan, sesungguhnya orang yang berzikir itu mendapat keuntungan. Allah tidak sengaja memberi penjelasan itu apa lagi bertujuan untuk menipu kerana Dia terpelihara dari sifat-sifat keji begitu. JanjiNya adalah tepat dan benar. Sudah tentu orang yang mengingatiNya (berzikir) itu akan mendapat keuntungan dan ketenangan, baik di akhirat ataupun di dunia ini.
FirmanNya : -
"Sesungguhnya (wajib) beruntung bagi mereka yang membersihkan (hati) dan (dengan) berzikir menyebut nama Tuhannya (serta) mendirikan Solat."
(Al-A'laa 14-15)
Dalam hal ini perlu diingatkan, jangan pula setelah mengetahui keberuntungan yang bakal diperolehi itu, menyebabkan kita menjadi rajin dan mengharap-harapkan kepadanya. Kita menanti-nanti akan keberuntungan itu dengan berzikir. Kalau kita sudah berkelakuan begitu, kita sudah tidak ikhlas lagi dalam beramal. Keadaan itu telah merosakkan tujuan dan juga matlamat kita beramal (berzikir).Allahuakhbar!Minta jauhlah...
~sekadar hiasan~
Firman Allah Ta'ala : -
"Dan serulah Ia (Allah) dengan mengikhlaskan agama bagiNya."
(Al-A'raaf 29)
Sebenarnya banyak rahsia ataupun keuntungan yang bakal diperolehi oleh seseorang yang kuat berzikir kepada Allah.
FirmanNya : -
"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram."
Selain daripada itu,
"Kerana itu ingatlah kepadaKu nescaya Aku ingat kepadamu dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan jangan kamu mengingkari nikmatKu." (Al-Baqarah 152)
Bagaimanapun dalam tajuk kecil ini(zikir) , penulis tidak bercadang untuk menceritakan perihal keberuntungan itu lagi, tetapi dikhususkan untuk mendedahkan rahsia-rahsia yang terdapat dari zikir, di mana rahsia ini semua menjadi idaman dan impian semua manusia.
Di sini akan diterangkan mengenai "hakikat" rahsia ataupun rahsia peribadi yang diperolehi oleh seseorang yang berzikir itu. Lebih tepat lagi rahsia-rahsia kerohanian dan juga pembukaan "Sungai Ladunni" oleh seseorang yang telah sampai pada makam zikir yang sebenarnya.
Antaranya : -
~Edisi 2~
Label: TaQwa
0 ulasan:
Post a Comment