Lambaian Insaf V4

Sebab kerasnya hati adalah dosa, kemaksiatan, sering bergaul dengan orang-orang lalai serta orang-orang yang fasiq. Sedangkan penyebab hati menjadi lunak, bersih dan tentram adalah mentaati Allah, berteman dengan orang-orang baik, dzikir, membaca Al Qur’an dan istighfar. ~Asyraf Al-Fandani~

Sheikh AbdulKarim Yahya









Sheikh AbdulKarim Yahya


     Dilahirkan dan dibesarkan di Berkeley, California.Amerika Syarikat, Sheikh AbdulKarim Yahya, dengan izin Allah, memeluk agama Islam pada tahun 1989 di kampung halamannya. Pada tahun 1996, beliau mendapat inspirasi untuk menimba ilmu agama menerusi kitab karya Hujjatul Islam al-Imam Ghazali r.h. Demi menyambut seruan 'Ihya Ulumiddin (Menghidupkan Kembali Ilmu Agama), beliau bersama keluarga mengembara ke Damaskus, Syria di mana beliau meneruskan proses pencarian ilmu secara serius. 


     Selama dua tahun di Damaskus, beliau menumpukan pembelajaran beliau dalam ilmu asas Bahasa Arab dan pembacaan al-Quran yang dipelajari daripada seorang ulama' mahir al-Quran yang dihormati Sheikh Abu Anas hfz. di masjid Rawda di Damaskus. Kemudian beliau bersama keluarga berpindah ke Tarim, Hadramaut di mana beliau kini menetap.

     Sebagai pelajar di Darul Mustafa, beliau mengutamakan usahanya untuk menemani para masyaikh dan guru-guru yang mempunyai susur-galur keturunan terus kepada Nabi (dari kalangan keluarga Ba 'Alawi) serta para pencinta mereka dan dalam masa yang sama menuntut ilmu agama daripada mereka. Beliau mengkhususkan kemahiran beliau dalam ilmu fiqh mengikut mazhab Syafi'i r.h. Sheikh AbdulKarim mempelajari kurikulum ilmu fiqh di Darul Mustafa mengikut manhaj Imam Nawawi r.h.

     Sejak tahun 1998, Sheikh AbdulKarim mendapat didikan langsung daripada Habib Umar dan abangnya Habib Mashur, kedua-duanya anak kepada Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz, dan juga guru-guru lain di Darul Mustafa, Tarim, Hadramaut. Sheikh AbdulKarim telah diberi keizinan oleh Habib Umar untuk menjawab sebarang persoalan fiqh mengikut mazhab Syafi'i dan juga mengajar ilmu Fiqh, Nahu Bahasa Arab dan disiplin ilmu lain. Beliau juga giat dalam menjadi jurubahasa kepada Habib Umar bin Hafiz dan Habib Ali al-Jifri dalam (rangka lawatan dakwah mereka di negara-negara Barat).


0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Tuan Guru dan Habib Umar

Tuan Guru dan Habib Umar

jom ikut saye

pelawat

free counters

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP