~Zikir~
Salam wbt.
Alhamdulillah.Seperti biasa bersama-samalah kita bersyukur kepada Allah swt kerana masih memberi hidayah dan kekuatan kepada kita untuk terus menghayati kehidupan yang menjadikan islam itu cara hidup yang sempurna.Daripada itu bersamalah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah swt agar kita tergolong di dalam golongan hamba yang bertakwa di akhirat kelak.Insyallah.
Muslimin-muslimat di rahmati Allah swt,
"Ingatlah,sesungguhnya zikir merupakan ibadah yang paling cepat di dalam membuka tabir daripada ibadah-ibadah yang lainnya"
Di sini,saya teringat seorang ulama' iaitu Yang Mulia Ali Al-Mursyafi berkata bahawasanya : "Banyak guru-guru thariqah merasa tidak mampu merawat murid-muridnya sehingga bersih hatinya.Mereka juga tidak mendapatkan ubat yang lebih cepat di dalam membersihkan hati murid-muridnya kecuali denagn zikir secara terus-menerus. Maka oleh itu,di dalam pembersihan hati,zikir adalah merupakan sebagai berikil yang mampu denagn cepat membersihkan hati yang kotor dengan dosa-dosa.Sedangkan ibadah lain,zikir dimisalkan sebagai sabun,dimana sabun iu lama sekali kalau digunakan untuk membersihkan daki tembaga"
Oleh itu,penulis berpendapat bahawasanya zikir inilah merupakan aktiviti ibadah yang cepat membuka tabir yang menghalangi antara manusia dengan Tuhannya.Tabir itu yang di maksudkan ialah rupa akhlak yang buruk,akhlak yang menyimpang dari peraturan agama.Sehinggakan akhlak yang buruk itu hati menjadi tertutup oleh kekotoran yang telah menghalangi seseorang itu untuk dekat kepada Allah swt. Muslimin dan muslimat yang di rahmati Allah swt, Sebenarnya,apabila kita hendak hati terbuka dan tersingkap tabirnya,maka cara yang lebih cepat ialah zikir.Ibadah-ibadah selain dari zikir juga dapat menyingkap tabir yang menutup hati namun lama sekali.
Oleh itu,bersama-samalah kita sentiasa membasahi lidah kita dan hati ini dengan zikrullah.Memuji Allah swt.Zikir juga tidak lah semestinya duduk di masjid barulah kita mulakan zikir ini,tetapi di dalam keadaan kita berjalan,bersukan,melancong,main game dan sebagainya juga boleh basahi hati dengan zikrullah.Dengan cara inilah kita dapat merasakan kemanisan iman itu dan wujudnya sifat ehsan di dalam diri seseorang muslim.Allahuakhbar.
Sebelum saya melabuhkan tirai,saya teringat selanjutnya Ali Al-Murshafi berkata : "Orang yang suluk(Menempuh jalan menuju Allah swt) melalui jalan zikir itu dimisalkan seperti burung yang cepat menuju kehadapan yang dekat dengan Allah swt.Sedangkan orang yang suluk dari jalan selain zikir itu dimisalkan seperti orang yang lumpuh yang sebentar2 merambat dan sebentar2 berhenti.Padahal tujuan yang dimaksudkan amatlah jauh.Sehingga menjadi orang yang menghabiskan umurnya,sementara itu tujuannya untuk sampai kepada Allah swt belum berhasil"
Allahuakhbar.Marilah kita bersama-sama memperbanyakan zikir memuji Allah swt agar kita dapat menjadi seperti burung tersebut yang hampir kepada Allah swt.
Bersambung.....
~Edisi 1~
(rujukan sifat-sifat ketakwaan-Mohasbi enterprise-)
~Asyraf Al-Fandani~
"Drp Allah,kpd Allah,Beserta Allah"
0 ulasan:
Post a Comment