Lambaian Insaf V4
“ Sebab kerasnya hati adalah dosa, kemaksiatan, sering bergaul dengan orang-orang lalai serta orang-orang yang fasiq. Sedangkan penyebab hati menjadi lunak, bersih dan tentram adalah mentaati Allah, berteman dengan orang-orang baik, dzikir, membaca Al Qur’an dan istighfar. ”~Asyraf Al-Fandani~
Link nota
Muhasabah
(24)
AHLUL BAIT RASULULLAH S.A.W
(12)
Kisah ulama' sufi
(7)
Cinta Allah
(5)
Santapan Rohani
(5)
ILMU Tasawwuf
(4)
Kisah Rasulullah saw
(4)
Mutiara Nasihat ULAMA'
(4)
TaQwa
(4)
ucapan
(4)
Catatan Subuh
(3)
Kenali Ahli Sufi
(3)
Amal
(2)
Kenali ULAMA (NEW)
(2)
Manisnya IMAN
(2)
Doa
(1)
Fiqh Islam
(1)
Kisah Orang Yang Bertaubat
(1)
Video Pilihan (NEW)
(1)
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam mujahadah'Inilah hambaMU yang berlumuran dosa bersimpuh di pintuMU untuk merasakan nikmat berdekatan denganMU'
Dikisahkan bahawa Habib An-Najjar tergolong dalam golongan wali-wali Allah swt yang terulung.Dia selalu memenuhi malamnya dengan solat,sedang siangnya pula dengan berpuasa.Al-hasil,dia menghabiskan semua masanya semata-mata untuk berkhidmat kepada Tuhan Rabbul Jalil.
Setiap malam dia bermunajat kepada Tuhannya dengan ucapan-ucapan yang merendah diri,penuh tawadduk serta berdoa,
"Ya Tuhan,Aku selalu dalam kerendahan dan selalu menempuh jalan kesesatan dan kecelakaan.Ya Tuhan,tiada pegangan bagiku selain kepada hadratMU,aku tidak mengenal pintu selain milikMU,aku datang mengetuk pintu itu,inilah hambaMU yang berlumuran dengan dosa bersimpuh di pintuMU untuk merasakan nikmat berdekatan denganMU.Ya Tuhan,Ampunilah aku,dan alangkah celakanya diriku sekiranya Engkau tidak berkenan mengampuniku serta tidak menerima segala kekuranganku.Alangkah sialnya diriku ini."
Kemudian dia sujud hingga menjelang subuh.Setelah solat Subuh,dia membaca al-Quran sampai khatam.Saat dia wafat,dia membaca ayat :
"Sesungguhnya hamba selalu dalam kesesatan yang nyata"
(surah Yassin : 24)
Saat dia dikuburkan serta didatangi dua malaikat untuk bertanyakan soalan kubur kepadanya :
"Siapakah Tuhanmu?"
"Siapakah nabimu?"
"Apa agamamu?"
Dan seterusnya dia menjawab dengan membaca potongan ayat-ayat berikut :
"Sesungguhnya hamba yang beriman kepada Tuhan kamu,maka dengarkanlah perkataan ini" (surah Yassin : 26)
Lalu kedua-dua malaikat menjawab
"Masuklah ke dalam syurga itu"(surah Yassin : 26)
Maka beliau berkata,
"Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui,bahawa Tuhanku telah mengampuniku.serta menjadikan diriku tergolong hamba-hambaNya yang dimuliakan."(surah Yassin : 26)
Alangkah bahagianya para kekasih Allah swt.Mereka terus menghabiskan masanya dengan bermunajat kepada Allah swt siang dan malam,padahal orang-orang lain hampir kesemuanya dalam kelalaian.
Mereka akan sentiasa bergembira apabila malam menjelma,dimana manusia-manusia yang lain berlumba-lumba untuk bermaksiat dan lena dalam tidur yang nyenyak,mereka terus berdiri tegap mengerjakan solat solat malam,membaca al-quran,berzikir kepada Allah swt,dan bermunajat hingga ke siang hari.Apabila datang sinar matahari,mereka terus menangis kerana terpaksa berpisah dengan amal yang dinikmati oleh jiwa mereka.
Mereka inilah calon-calon syurga dan para penghuninya yang dijanjikan Allah swt untuk menikmati segala kenikmatan yang ada di dalamnya.Kelak mereka tidak lagi akan merasa takut dan mereka tidak akan berdukacita,sebagaimana yang dinyatakan oleh al-quran al-karim:
"Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal soleh,mendirikan solat,menunaikan zakat.Bagi mereka balasan di sisi Tuhan mereka,tiada sebarang ketakutan terhadap mereka dan mereka tidak akan berdukacita."
(surah al-baqarah : 277)
~Asyraf Al-Fandani~
"Drp Allah.Kpd Allah,Beserta Allah"
*Catatan selepas subuh
Rujukan : 'Belajar dari para Wali' oleh Ustaz Wan Ji Wan Husin
Penerbit eksekutif : Annual Bakri Haron
Pandang sisi oleh : Tuan Guru Dato'Nik Aziz Nik Mat
Label: Kisah ulama' sufi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment