Lambaian Insaf V4
“ Sebab kerasnya hati adalah dosa, kemaksiatan, sering bergaul dengan orang-orang lalai serta orang-orang yang fasiq. Sedangkan penyebab hati menjadi lunak, bersih dan tentram adalah mentaati Allah, berteman dengan orang-orang baik, dzikir, membaca Al Qur’an dan istighfar. ”~Asyraf Al-Fandani~
بسم الله الرحمن الرحيم
(Kemuliaan sikap Saidina Ali)Suatu hari Saidina Ali a.s tergesa-gesa untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah saw.Di tengah perjalanan ke masjid,Saidina Ali bertemu dengan orang tua bertongkat sedang berjalan dengan sangat perlahan dan di tangannya memegang pelita untuk menerangi jalan yang gelap gelita.Saidina Ali mengikut sahaja langkah orang tua itu kerana dia tidak sanggup memintas orang tua itu sebagai menghormatinya.Apabila tiba di masjid,Saidina Ali bergegas masuk ke masjid,untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama Rasulullah saw.Ketika Saidina Ali memasuki masjid didapati Rasulullah sedang rukuk.Rukuk Rasulullah pada kali itu sungguh lama,tidak seperti biasa,seolah-olah menanti Saidina Ali turut serta solat berjemaah.
**************
Setelah selesai solat subuh Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah saw "Ya Rasulullah,kenapakah engkau memanjangkan rukuk pada kali ini,belum pernah engkau lakukan sebelum ini".Jawab Rasulullah. "Semasa aku sedang rukuk,dan ketika aku hendak iktidal,tiba-tiba datang malaikat jibril dan menekan belakangku.Setelah lama menekan barulah aku dapat iktidal."Mendengar jawapan rasulullah saw,Saidina Ali menceritakan apa yang berlaku semasa perjalanannya ke masjid tadi.
Rupa-rupanya Allah telah mengisytiharkan kepada rasulullah saw supaya menanti Saidina Ali supaya dapat ikut serta solat subuh berjemaah.Ada juga diriwayatkan bahawa saat itu Allah telah memerintahkan malaikat Mika'il supaya menahan kelajuan matahari agar Saidina Ali dapat solat subuh bersama Rasulullah saw kerana sikap Saidina Ali merendah diri dan menghormati orang tua nasrani itu.
Allahuakhbar...inilah akhlak orang islam terdahulu yang patut kita ambil contoh untuk menghiasi peribadi kita agar seperti Saidina Ali.Sehinggakan rahmat pertolongan Allah swt sentiasa bersama kepada orang-orang yang beriman.
Wallahuta'ala 'alam
~Asyraf Al-Fandani~
"Drp Allah.Kpd Allah,Beserta Allah"
*Catatan selepas subuh :
22/6/2010-9 Rejab 1431
0 ulasan:
Post a Comment